In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Saturday, April 9, 2011

Saya perlukan ini, bagitu juga orang2 disekeliling saya

Pengharapan yang tidak realistik tentang kesempurnaan oleh siapa sahaja kapada kita

Katakan seorang anak  pulang dari sekolah dengan Kad Laporan Peperiksaan dengan 5A dan 1B. Biasanya si-bapa berkata,"Kenapa B?" Apa yang anda bayangkan perkara yang timbul didalam minda anak tersebut? Adakah dia mencuba untuk B? Atau patutkah si-bapa mengucapkan tahniah kerana mendapat B dan menerima nilai rendah tersebut seadanya? Tentu tidak.

Apa yang sebenarnya diharapkan ialah penghargaan dan galakkan kerana usahanya mendapatkan 5A. Itulah kebanggaan si-anak dengan 5A yang diperolehi. Sebagai bapa, selepas menghargai dan memberi pujian tentang 5A, boleh membuat pengharapan yang jelas atau lebih untuk anak mencuba mendapatkan 6A, dengan menawarkan bantuan  jika diperlukan. Jika kita merendahkan pencapaiannya, kemungkinan besar perfomance yang mereka tunjukan dimasa akan datang mungkin lebih buruk dari apa yang kita harapkan, 

Samalah dalam berkerja, seorang pekerja melakukan 100% kerjanya dengan baik dan satu tugasan kurang baik. Bayangkan apa  komen  majikan . Tentu dan pasti seperti cerita diatas. Oleh itu hargailah yang positive dan terimalah yang negatif, tetapi jangan rendahkan standard mereka dan standard anda. Itulah "kuasa pujian" kapada minda dan performance manusia. Pujian alat percuma untuk menjana performance diri seseorang tanpa mengeluarkan sesen duit saku. Ibarat khidmat Internet, semuanya percuma. Gunakanlah semaksima mungkin untuk kebaikan.

Saya tak mampu menjadi sempurna, sekadar lebih baik.
MY JOURNEY

1 comment: