In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Monday, April 4, 2011

HARI INI

Arahkah hidup anda sehingga mambuat anda bersikap baik dan bersahabat dengan siapa sahaja yang berada disekeliling anda. Rasai betapa bahagianya kehidupan.

  1. Hari ini saya bertekad untuk berbahagia. Saya mulai dengan kebahagiaan dalam fikiran saya. Kebahagiaan bermula dari dalam diri saya sendiri, bukan dari luar.
  2. Hari ini saya ingin menyesuaikan diri dengan kenyataan yang ada dan tidak menurut kemahuan saya. Saya akan  menyesuaikan diri dengan keluarga, orang sekeliling, perkerjaan dan nasib saya.
  3. Hari ini saya ingin menjaga kesihatan saya sebaik-baiknya. Saya akan merawat, menjaga, mengembangkan  dan tidak akan menyalahgunakan serta melalaikannya. Kesihatan yang sempurna yang  membahagiakan hati saya.
  4. Hari ini saya ingin memperkuatkan fikiran saya. Saya akan mempelajari sesuatu yang berguna. Saya tidak akan menjadi orang yang berjiwa lemah. Saya akan membaca sesuatu yang membina diri saya.
  5. Hari ini saya ingin melatih jiwa saya. Saya akan berbuat baik terhadap orang lain, tidak berperasangka buruk atau mencari kekurangan mereka. 
  6. Hari ini saya ingin bersikap wajar, bertingkahlaku yang sepatutnya. Saya akan merapikan diri saya. Bertutur secara perlahan-lahan, bertindak sopan dan bersikap rendah diri. Saya tidak akan mengkritik sesiapa dan tidak akan  campur tangan mengatur kehidupan orang lain.
  7. Hari ini saya tidak mahu hidup untuk hari ini sahaja. Saya tidak akan menyelesaikan masalah saya sekali gus. Saya akan memilih mengikut kepentingan untuk diselesaikan dahulu. 
  8. Hari ini saya  mahu membuat perancangan. Saya akan mencatatkan setiap apa yang ingin saya lakukan. Saya akan mengikut susunan rancangan yang telah saya atur. Saya tidak akan terburu-buru dan bersemangat  dalam melaksanakan semua rancangan saya.
  9. Hari ini saya ingin meluangkan masa selama setengah jam untuk berehat. Dalam masa setengah jam tersebut, antaranya saya gunakan untuk memikirkan tentang Tuhan, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang makna  kehidupan saya.
  10. Hari ini saya tidak mahu berasa takut, tidak takut untuk bahagia, untuk menikmati keindahan, untuk mencintai dan meyakini bahawa yang saya cintai itu juga akan mencintai saya.
Hari ini adalah milik saya, saya berfikir, bertindak dengan rasa senang. Hari ini milik saya, saya dapat merasakan kedamaian dan kebahagiaan...
 

No comments:

Post a Comment