In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Friday, April 8, 2011

KEINDAHAN "BUDI BAHASA" DALAM KEHIDUPAN

Hari ini saya memandu menuju menghala Segamat. Cuaca agak panas, amat meletihkan. Jadi saya berkira-kira untuk berhenti dimana-mana mendapatkan minuman, sedikit rehat dan kesegaran. Ternyata pilihan saya tepat, inilah tempat yang saya cari - sebuah warung kopi yang sederhana dikawasan perkampungan, suasananya amat menyenangkan. Masyarakatnya peramah. Saya seakan berada dikampung halaman sendiri. Apakah yang menarik hati saya? Budibahasa masyarakatnya.. 

Budibahasa tidak lebih dan tidak kurang daripada memberi pertimbangan yang sewajarnya kapada orang lain. Ia umpamakan membuka pintu yang tidak dibukakan kapada kita. Seorang yang berbudi bahasa tetapi tidak bijaksana, akan mampu pergi lebih jauh dalam kehidupannya daripada seorang yang  bijaksana tetapi tidak berbudi bahasa. Lakukanlah sesuatu perkara kecil yang mampu memberikan hasil yang besar. 

Pernahkah anda digigit gajah? Jawabannya jelas,tidak. Pernahkah anda digigit nyamuk?Kebanyakan kita pernah. Ianya kesakitan yang kecil yang menguji kesabaran. Umpamakan berbudi bahasa ibarat menahan gigitan nyamuk kecil, cuma dengan melakukan sedikit pengorbanan kecil, kita mendapat impak yang besar.

Ingatlah sekecil mana pun budi bahasa yang diamalkan, akan membawa seseorang itu lebih jauh daripada orang yang bijaksana.Budi bahasa bolih jadi dalam bentuk senyuman, ucapan terima kasih, ia juga umpama memberikan tempat duduk kapada yang tua atau yang cacat. Semua ini pelaburan kecil dimana memberikan  pulangan yang besar. Jadi janganlah terlalu sibuk untuk tidak melakukannya.

Budi bahasa mengangkat nilai diri kita dan orang lain. Moral si-pelaku disebut dan dikenang dan si-penerima tersenyum puas merasakan nilai harga-dirinya dimuliakan. Budi bahasa memerlukan kerendahan hati. Taburkan budi bahasa dimana juga yang boleh. Layanlah siapa sahaja yang anda temui dengan hurmat dan kemuliaan.

Budi bahasa amalan kita.
MY JOURNEY

No comments:

Post a Comment