In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Monday, April 11, 2011

Saya tahu sedikit didalam banyak bidang sudah memadai

Apa itu "Broad-based Education"?

Beberapa ekor binatang didalam sebuah hutan bercadang untuk memulakan persekolahan. Pelajar2nya terdiri daripada burung, tupai, ikan, anjing, arnab dan belut yang terencat akal. Sebuah lembaga telah dibentuk dan menetapkan terbang, memanjat pokok, berenang dan mengorek lubang merupakan kurikulum dalam subjek pendidikan dalam langkah melaksanakan "Broad-based Education". Semua binatang diwajibkan mengambil semua subjek.

Burung mendapat keputusan cemerlang dalam terbang dan memperoleh A tetapi bila diuji untuk mengorek lubang, paruh dan kepaknya patah dan gagal dalam subjek tersebut. Akhirnya dia mendapat C dalam terbang dan tentu didalam memanjat pokok dan berenang dia mendapat F. Tupai  mendapat keputusan yang hebat dalam memanjat pokok dan mendapat A, tetapi telah gagal dalam berenang. Ikan pula terbaik dalam berenang, malangnya dia tidak dapat keluar dari air untuk menjalani ujian2 seterusnya, dan mendapat F didalam lain2 subjek. Anjing tidak berpuas hati dimana bidang yang dia mahir tidak terdapat didalam kurikulum, enggan menyertai ujian, berhenti membayar yuran dan terus bertengkar dengan pihak pentadbiran supaya memasukkan menyalak sebahagian daripada subjek kurikulum. Jadi anjing terkeluar daripada menjadi calon. Arnab mendapat A untuk menggali lubang tetapi memanjat pokok merupakan subjek yang amat sukar baginya. Walau bagaimanpun dia mempunyai semangat ingin mencuba, malang - ia terjatuh dan mendarat dengan kepala kebawah, mengalami kerosakan otak, dan kemudian tidak mampu lagi menggali lubang dengan baik dan mendapat C. 

Belut yang terencat akal, hanya dapat melepasi semua ujian dalam keadaan setengah berjaya, dia mampu melakukan semua ujian tetapi pada tahap markah 10% sahaja. Dia telah mendapat penilaian lengkap seterusnya menjadi pelajar terbaik didalam kelas tersebut. Disini dapat dinilai dengan jelas terbuktinya keberkesanan "Broad-based Education". Walaupun belut mempunyai tahap pemikiran dan kepakaran yang rendah dalam semua bidang, cuma dengan sedikit kemahiran yang dimiliki dalam banyak bidang, dia berhak menjadi yang terbaik. Lembaga pengarah amat gembira kerana semua binatang telah berjaya mendapatkan ujian "Broad-based Education". 

 "Broad-based Education" ialah dimana pelajar diajar melengkapkan dirinya untuk mengharungi kehidupan, tanpa mengabaikan kepakaran dan kebolehan yang dimiliki. Ianya lebih popular dengan panggilan "Kemahiran Hidup" (Life Skill). Kita semua dikurniakan dengan sedikit kelebihan yang sesuai untuk digunakan dalam kehidupan kita. Kita tak perlu menguasai 1000% kamahiran didalam 1 bidang, ianya tidak banyak membantu didalam kehidupan kita. Cukup seandainya kita mempunyai cuma 1% kemahiran dalam 1000 bidang. Peluang untuk menguasai kehidupan lebih tinggi.

Salam hurmat.
Apa bezanya diantara orang yang tidak tahu membaca dengan orang yang tahu membaca tetapi tak pernah membaca. Keduanya tiada perbezaan kan..
MY JOURNEY

No comments:

Post a Comment