In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Thursday, April 7, 2011

Lapan cara saya temui disepanjang perjalanan saya, bagaimana untuk membina sikap saya

Assalamaualaikom. Kemana juga saya pergi - bertanyakan kepada siapa sahaja, tanpa mengira peringkat umur. Orang yang bagaimana yang kamu sukakan? Jawabannya _ "pastilah orang yang baik peribadinya". Nah disini jelas bahawa sikap(attitude) merukan asset penting dalam kehidupan kita. Ianya tidak boleh dipandang remeh - dan ia juga harus dibangunkan, demi untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang dalam kehidupan yang amat luas ini.

Sepanjang waktu membesar, kita sendiri yang membentuk sikap yang menjadi darah daging kita. Tidak diragukan adalah lebih mudah dan lebih baik memperoleh sikap positif sepanjang waktu kita membesar.  Ini tidak bermakna seandainya kita mendapat sikap negatif secara dibentuk atau tidak sengaja, kita tidak boleh berubah daripada sikap tersebut? Tentu tidak. Bolehkah kita berubah? Ya, ianya amat mudah.

Bagaimana untuk membina dan memelihara sikap positif? Tiga langkah pertama yang perlu anda ambil ialah:
  1. Sedar dan tahu prinsip-prinsip yang membina sikap positif.
  2. Punyai keinginan yang amat tinggi untuk menjadi positif.
  3. Mempunyai disiplin dan dedikasi untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang positif.
 Sebagai orang dewasa, tanpa mengira persekitaran, taraf pendidikan dan pengalaman, siapakah yang bertanggungjawab keatas sikap kita? KITA! Kita harus memikul tanggungjawab atas sikap dan kehidupan kita, kita sering menyalahkan orang lain dan situasi tapi jarang menyalahkan diri kita sendiri. Ianya bergantung kepada kita  untuk memilih sikap kita setiap pagi. Kita harus bertanggungjawab keatas kelakuan dan tindakan kita.

Orang yang bersikap negatif akan menyalahkan seluruh dunia, penjaga mereka, guru, pasangan, ekonomi atau kerajaan diatas semua kegagalan mereka. Faktor dalaman mereka jarang dinilai dan diperbetulkan.

Ayuh! - anda semua dan saya harus meninggalkan masa lampau. Bina hidup dan masuk kelandasan yang betul. Bawa impian anda bersama dan maju kehadapan. Fikirkan perkara yang positif yang mempunyai nilai, yang akan meletakkan kita kedalam keadaan minda yang positif. Jika anda ingin membina dan memelihara sikap positif - anda harus sedar dan tekun untuk mengamalkan langkah-langkah berikutnya:

  1. Tukar tumpuan, carilah semua yang positif - Anda harus menjadi "Good Finders". Kita tumpukan kepada yang positif dalam kehidupan. Mulakan dengan melihat apa yang betul pada seseorang atau situasi daripada mencari apa yang salah. Kalau kita asyik mencari keburukan seseorang, pasti kita lupa untuk menilai kebaikan mereka. Kita akan menemui apa yang kita cari. Kalau kita mencari persahabatan, kegembiraan dan sebagainya, itulah yang kita dapat. Cari lah semua yang positif sahaja untuk memasuki jiwa anda. 
  2. Jadikan kebiasaan melakukan apa jua sekarang - Kita sering melengah-lengahkan untuk melakukan sesuatu perkara. Penanguhan ialah sikap negatif. Sifat suka menanguhkan perkerjaan lebih menjadikan kita penat daripada mengambil usaha untuk melaksanakannya. Jika anda ingin membina dan memelihara sikap positif, jadikan kebiasaan hidup pada hari ini dan lakukan sekarang.
  3. Binalah sikap kesyukuran - Kiralah rahmat, kebaikan yang anda miliki daripada sedikit  masalah yang anda temui. Didalam sepuluh rahmat, pasti ada satu atau dua masalah. Bertujuan supaya kita mensyukuri dan menggunakan rahmat yang ada.Untuk mengingatkan kita bahawa kita memiliki apa yang orang lain tidak punya. Bersyukurlah!
  4. Pastikan kita sentiasa mendapat program pendidikan yang berterusan - Adakah kita betul-betul menjadi terdidik di sekolah dan kolej? Sedikit ya, tetapi lebih tidak. Kita cuma menerima sebanyak mungkin maklumat semasa disekolah dan kolej. Maklumat yang banyak tidak semestinya bernilai tinggi. tetapi kita perlu tahu dan faham akan makna kebenaran maklumat tersebut. Pendidikan intelektual mempengaruhi pemikiran tetapi Pendidikan asas-nilai mempengaruhi perasaan dan hati (jiwa). Pendidikan tanpa mempunyai jiwa(kemurnian) amat membahayakan. Sekurang-kurangnya kita harus memperoleh tahap pendidikan moral dan ethical yang minima (karektor). Kita tidak perlukan lebih pendidikan akedemik; kita perlukan lebih kepada pendidikan nilai (moral). Adakah kita akan menjadi guru, ibubapa, pemimpin dan sebagainya tanpa memiliki peribadi yang positif?
  5. Bina sikap yakin-diri yang positif - Yakin-diri ialah cara kita menilai dan merasakan tentang diri kita. Bila kita merasa bagus, baik dan positif, perfomance kita akan melonjak, perhubungan kita dirumah dan tempat kerja akan meningkat. Dunia akan lebih indah dipandang. Kenapa jadi begini? Disini  terdapat hubung-kait diantara persaan dan kelakuan. Bila persaan kita harmoni, seimbang atau tidak celaru kita akan berkelakuan positif dan begitu juga sebaliknya.
  6. Jauhkan diri daripada pengaruh negatif - Kita seringkali amat takut untuk menyatakan "Tidak, terima kasih" kepada jemputan yang bersifat negatif. Pinggirkan diri daripada pengaruh-pengaruh negatif. Apakan pengaruh negatif yang harus dijauhkan: (1). Orang yang negatif- Kalau kita bergaul dengan pemikir, tak mustahil anda akan menjadi pemikir, bergaul dengan pengkritik, juga tak mustahil anda mampu menjadi pengkritik yang lebih hebat. Jangan benarkan orang yang bersifat negatif memandu kehidupan anda.(2). Merokok, dadah dan alkohol - Minum alkohol dan memandu, menggadaikan nyawa. (3). Pornograpi - Amat megecewakan melihat bagaimana setengah orang menjadikan pembikinan pornograpi sebagai perniagaan mereka. Dan apa pula "orang sakit" yang membelinya. Pornograpi menyumbang kepada - pembinasakan individu, institusi keluarga dan masyarakat. 
  7. Belajar mencintai perkara yang perlu dilakukan - Sesuatu harus dilakukan sama ada anda menyukainya atau tidak, misalnya seorang ibu memelihara anak-anak yang masih kecil. Ia bukan suatu tugasan yang menyeronokkan, mungkin amat memenatkan. Jika anda belajar mencintai tugasan anda - yang mustahi menjadi tidak mustahil. Mulakan dengan melakukan apa yang perlu, kemudian apa yang termampu, dan tiba-tiba anda sedang melakukan perkara yang mustahil.
  8. Mulakan hari anda dengan positif - Baca atau dengar kepada sesuatu yang positif setiap hari diawal pagi. Selepas kita mendapat tidor yang cukup membuatkan penerimaan-separa-sedar(minda) anda akan menerima apa yang diperintahkan kepadanya dengan amat mudah sekali. Aturkan kerangka kerja yang positif untuk hari tersebut. Amalkan merangka dan memiliki pemikiran yang positif setiap kali bangun daripada  tidur diwaktu pagi. Jika anda ingin mengubah kehidupan anda, mulai segera dan lakukannya dengan bersemangat.
Terima Kasih.
My Journey.







No comments:

Post a Comment