In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Sunday, April 10, 2011

Merong Murahwangsa

Tak payah lah saya menamakan negeri tempat cerita dan shooting ini dilakukan. Ini semua atas permintaan penulis skrip dan pembikin filem. Cerita ini juga tiada apa2 unsur yang menarik, ianya sekadar penglipur lara. Kalau tuan2 tak terlipur maka duduk lah melara. ehem.. Didalam sebuah negeri ada seorang raja yang betul2 buruk perangai. Bagaimana almarhum ayahandanya melantik baginda menjadi raja, allahualam. Bagaimana baginda bolih lulus ujian kelayakan menjadi raja juga amat diragukan, mungkin baginda menggunakan taktik kotor - kata orang2 disana. Lagi pun semasa itu SPRM belum wujud maka berleluasalah kejahatan dan tipu muslihat.

Biodata raja: Nama baginda seperti tertera di atas. Qualification, lulus bachelor of science mengurat - pointer dia rahsiakan, agaknya cukup2 makanlah tu. Hobi baginda pulak membaca komik, surfing internet colum social website. Pakar chating. Lagi satu hobinya yang tak senonoh suka mendera rakyat. Suka menyusahkan rakyat jelata. Makanan kegemarannya yang pelik2, ini lah yang saya nak ceritakan ini. Bab selera makanannya, semua yang dia minta yang pelik2 belaka. 

Sabermula, pada suatu hari dia mula buat perangai. Maka diperintahkan sekelian rakyat masuk kehutan untuk mencari buah2an yang baginda tak pernah makan. Memanda menteri sibuklah kesana kemari mencari calon2nya. Tapi sayang hari tersebut memanda menteri cuma mampu mendapatkan tiga calon sahaja. Ok, baginda pun tak kisah. Maka dikerahkanlah ketiga2nya masuk kehutan. Sebelum kehutan mereka diberi sedikit taklimat, "Barangsiapa yang membawa buah2an yang beta pernah makan, maka kamu akan dihukum" baginda berkata dengan tegas dan garang sekali. Maka seorang daripada calon bertanya dengan terketar2, "Apakah hukumannya tuanku?" Jawab raja, "Hukumannya amat memalukan, sehinggakan beta pun segan nak menjelaskannya, memanda menteri jelaskan kapada mereka hukumannya" Didalam hati seorang calon berkata2, "Hait.. jahat2 pun tau malu." Maka dijawab oleh memanda menteri, "barang siapa melanggar syarat yang tuanku berikan, hukumannya ialah buah yang kamu bawa akan disumbatkan kedalam dubur kamu, faham." Ketiga2nya menjawab, "fahammmm. huh mampuih den." Maka mereka pun masuk kehutan.

Selang tiga hari ketiga2nya pulang dengan hasil masing2. Dibalirong seri raja sedia menanti dengan juak2nya sambil itu stesen2 TV swasta dijemput untuk membuat liputan langsung. Amat meriah sekali adatistiadat tersebut. Semua perbelanjaan dipinjamkan dari baget negara yang diperuntukkan untuk repair surau.Habis wang negeri, dah tu pecah amanah pulak tu. Maka ketiga2nya berpeluh2 menunggu bilalah upacara akan dimulakan. "suspen nye.. kata mereka". "Memang supen pun," kata nenek yang sedang berbaris.

Calon pertama dipanggil masuk. Dengan penuh sopan dan confiden dia mengadap sembah. Dia berkira2 didalam hatinya, "buah ni manis pasti tuanku suka punya, belum test belum tau, ye tak". Maka dipersembahkan buah tersebut, sambil tersenyum2 nak kena. Raja bertempik, gegak gempita bunyinya, "Hah, buah ciku, kat belakang istana banyak ngok.Laksama jalankan perintah." Maka ditangkap lah sibahlul tadi dan dijalankan perintah diraja keatasnya, sehinggakan dia menangis2 dikerjakan. Selepas dikerjakan dia dilarikan kehospital besar negara dengan ambulan atas kecederaan yang melampau. Besoknya keluar paper, dia telah jadi almarhum, statement postmortem: pendarahan mengalahkan orang pompuan beranak, kata doktor.

Calon kedua pula dititahkan mengadap. Calon kedua ni tau yang dia juga pasti kantoi punya. Tapi dia mempunyai ilmu kebal yang dipelajari dari atuk sebelah emaknya. Dalam hatinya berkata, "kalau kena kenalah bukan sakit, aku bawak buah mangga. Kan mangga tu kulitnya licin, yang bahlul tadi bawak ciku - kulit ciku kan kesat, cari nayelah dia." Dia juga dikenakan hukuman yang sama. Belum disuruh menonggeng dia dah menonggeng, punyalah relanya dia. Sambil tu tergelak2 pulak tu. Raja mula naik angin melihat keletah sibengap ni, "Hee rengan aje tangan aku ni nak mendukuk, jelaskan kapada beta kenapa kamu tertawa, tak menangis macam sibahlul tadi, cakappppp." Jwap sibengap, " tak de ape2 tuanku, saje je." Baginda semakin angin, sambil mencabut keris dipinggang, "cakaaaaaaaaap". Jawap sibengap dengan terketar2, "Sese sebenarnya tuanku saya tak tahan memikirkan nasib kawan saya yang dibelakang tu tuanku." "Kenapa jadi jadi begitu" tanya tuanku sanbil menyarungkan kembali kerisnya. Kata sibengap, "Kawan saya tu bawak buah durian."

Raja bertambah berang, "Naaaaas kau! hancur anu kau beta kerjakan." ... TAMAT

Kawan2 punya pasal. diorang minta sangat saya menulisnya walaupun saya tak rela.
MY JOURNEY

No comments:

Post a Comment