In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Sunday, April 3, 2011

SEKADAR HIBURAN


Kata-kata pengarang:
Pertama sekali saya menyusun jari sepuluh - seandainya cerita pendek ini tidak memberikan apa2 pengajaran kepada anda. Atau anda menganggap mentaliti saya tidak bersih, dan apa pun andaian anda, saya rela menerimanya. Cerita asal nya adalah dari kawan (dalam bentuk perbualan) dan saya jadikan dalam bentuk tulisan. Ini lah perjalanan yang saya lalui. Berbagai cerita, berbagai tauladan dan pengajaran.

CEMBURU DAN DENDAM DUA PASANGAN KEMBAR MENGAKIBATKAN BAPA MEREKA MENJADI MANGSA.
Cerita in berlaku di India. Dalam sebuah kampung  tinggal satu keluarga, terdiri dari bapa,ibu,dan anak. Ia itu dua pasangan kembar lelaki. Kembar tua bernama Kick dan adiknya Kapor. Macam nama oren botol sahaja namanya kalau digabungkan. Walau pun mereka dibesarkan dalam satu keluarga, peribadi kedua-duanya jauh perbezaannya. Kick berperibadi agresif, perampas dan mementingkan diri sendiri. Berbeza pula Kapor, pasif, tidak berkuasa mempertahan hak-haknya dan bersifat buat “dek” saja. Kasihan si Kapor.

Apa yang berlaku setiap hari?. Disebabkan mereka kembar, maka si ibu telah memberikan quota kapada kedua anaknya ini secara samata rata dan sama rasa. Iaiatu quota penggunaan sumber aslinya – susu ibu. Kanak-kanak memerlukan susu untuk membesar. Tetapi masalahnya, si Kick yang agresif sering merampas hak adiknya, setiap kali bila tiba giliran Kapor menyusu – dia akan merampas kuasa sehingga Kapor mendapat bekalan yang kurang dari sepatutnya. Ini menimbulkan masalah pada tumbesaran Kapor, yang lebih dahsyat lagi pada perkembangan psaikologi Kapor. Dendam mula berputik dijiwa Kapor.

Kapor mula membuat kertas kerja dan strategi bagaimana untuk menghapuskan abang kandungnya. Semuanya angkara dendam membara. Malam itu lebih kurang jam 9.00 – dia mundar-mandir di dapur, sekejap duduk, sekejap berjalan dan akhirnya duduk semula. Matanya memandang sekeliling dapor sambil berfikir mencari jalan bagaimana untuk menjayakan misinya. Tiba-tiba matanya terhenti melihat sebuah tin yang bergambar tikus dan mempunyai dua palang bersilang berwarna merah tertulis perkataan “POISON”. Disini bermulalah idea biadap Kapor.

Dia membawa tin racun itu kesini dan sana lagi, berputar-putar mencari idea, dan berfikir pula bagaimana cara dan teknik terkini – supaya perbuatannya  tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Syaitan sentisa bersama orang-orang yang jahat. Kapor telah menemui formula untuk strateginya. Dia mengangguk-nganguk tanda setuju dengan cadangan syaitan dan dia sendiri sambil berkata berulang-ulang, “Aca..aca..aca..”

Dia kebilik abangnya, Kick sudah terlena tidor, mungkin kekenyangan sumber asli. “Aca” katanya, “sekarang lah masa yang baik untuk melakukannya, sementara ayah belum pulang dari berkerja”. Dia ke bilik ibunya. Dia kasihan melihat ibunya tertidor, mungkin kepenatan melayan mereka berdua sehinggakan tertidor dengan kantung sumber aslinya terdedah tanpa ditutup. “Aca, ini memudahkan lagi tugas ku.” kata Kapor. Lantas Kapor melumorkan racun tikus tersebut pada kedua-dua pili sumber asli ibunya. Dia melakukan ini dengan berhati-hati supaya tidak disedari oleh ibunya. Tugasnya beres, dia berkata sendirian,”Kick abang ku malam ini adalah malam terakhir bagi mu. Pasti sekejap nanti bila kamu terjaga, pasti kamu akan datang kepada ibu untuk mendapatkan bekalan, matilah kamu Kick dan aku tiada lagi saingan. Maafkan aku Kick, aku melakukan ini kerana kau tidak pernah menghargai toleransi ku dalam pembahagian sumber asli ibu. Maka malam pun berlalu. Kapor pun tertidor.

Keesokan paginya Kapor terjaga akibat raungan kuat ibunya dibilik. Kapor berfikir, “Aca, misi aku telah berjaya, mungkin ibu sedang meratapi kematian abang ku”. Kapor tersenyum, dan kini puas hatinya. Tiada siapa lagi yang akan menghalangnya menguasai telaga sumber asli. Pasti dalam beberapa bulan akan datang badannya akan mantap dan sihat kerana cukup bekalan dan tenaga. Senyumnya semakin lebar.
Dia melangkah kebilik ibunya. Tiba-tiba dia tersentak  – abangnya Kick sedang duduk menangis di ruang tamu. Dia berfikir,”Aca,Siapa yang menjadi mangsa?” Dia bergegas ke bilik ibunya dan disitu dia tersentak, badannya kaku dan lemah melihat apa yang terjadi. Matanya mula berair, jiwanya pilu melihat mayat ayahnya dengan mulut berbuih. Ini semua angkara meletakkan racun di pili sumber asli ibunya. Dendam telah membuatkan dia menjadi pembunuh kapada ayahnya sendiri. Sesal dahulu pendapatan – sesal kemudian tidak berguna. Kapor tersembam dengan penyesalan, menjadi pembunuh yang kejam. TAMAT

UJI MINDA: Kapada pembaca diminta membuat huraian dan tauladan yang terdapat tentang kes pembunuhan ini.
1.   1.Jelaskan dengan mengunakan imaginasi  dan  ayat  anda sendiri bagaimana bapa Kick dan Kapor telah menjadi mangsa. Apa yang dilakukan oleh bapa mereka pada malam itu sehingga dia terbunuh. Pastikan tidak lebih daripada 150 perkataan.
2.Apakah moral dari cerita diatas, juga tidak lebih dari 150 perkataan.


Analisi anda amat dihargai.

Salam hurmat dari sidang pengarang.
MY JOURNEY.

No comments:

Post a Comment