In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Friday, April 22, 2011

Saya dan konsep realisasi-diri

Konsep realisasi-diri menjelaskan proses bagaimana individu tanpa henti memperbaiki dirinya untuk mencapai atau melakukan sesuatu yang bersifat sangat peribadi dan sangat dicita-citakan. Mereka ingin mencapai kecermelangan diri berdasarkan bakat, keupayaan yang dimiliki semata-mata untuk memenuhi kepuasan diri mereka sendiri. 

Realisasi-diri tidak mendorong saya menjadi orang yang terbaik berbanding dengan orang lain. Ia cuma mendorong saya menjadikan diri saya yang terbaik berdasarkan kepuasan yang saya dapatkan. Ianya tidak memerlukan penilaian orang lain sebagai aras penunjuk kepuasan peribadi saya. Saya yakin, setiap orang mempunyai potensi genetik, ada orang berjaya mencapai ketentuan itu, dan ada orang tidak mampu mencapainya. Yang penting kebijaksanaan mengesan kelebihan dan kelemahan potensi-diri, saya cuma berminat menonjolkan dan mengasah potensi yang mempunyai kekuatan sahaja dan tidak menghiraukan untuk memperbaiki potensi-potensi yang lemah. Objektif saya hanya melakukan apa yang saya suka dan cuma untuk kepuasan peribadi, bukan kepuasan mutlak atau kepuasan orang lain.

Realisasi-diri merupakan kepuasan yang paling tinggi. Untuk menikmati kepuasan ini, saya tidak perlu memecahkan rekod itu dan ini, ataupun menjadi nombor satu disana sini. Semua orang mampu menikmati kepuasan ini kerana ia cuma perlu mencapai apa yang terbaik yang kita sendiri inginkan. Ada orang menikmati kepuasan realisasi-diri dengan menjadi anak yang baik, ada yang menjadi guru yang baik dan berbagai lagi. Apa pentingnya realisasi-diri pada orang disekeliling kita? Apabila kepuasan diri kita tercapai, kita berada dalam mode yang stabil dan mudah untuk memahami dan memuaskan realisasi-orang lain. Segala-galanya bermula dari dalam diri kita.

Apakah ciri-ciri individu yang mempunyai dorongan realisasi-diri yang sangat tinggi. Periksa diri anda jika anda memilikinya - satu, dua atau tiada langsung ciri-ciri dibawah. 
  1. Mereka berpersepsi baik terhadap realiti. Kemampuan menerima kenyataan.
  2. Mereka berkeupayaan untuk menerima diri mereka sendiri, menerima orang lain dan fitrah alam.
  3. Mereka sangat spontan. 
  4. Mereka fokus kapada penyelesaian setiap masalah.
  5. Mereka sangat pentingkan privasi dan suka bersendirian.
  6. Mereka berjiwa merdeka dan tidak tunduk kapada sekatan-sekatan budaya.
  7. Mereka sangat menghargai diri dan mudah memberi reaksi emosi.
  8. Mereka lebih kerap menikmati saat-saat kemuncak kepuasan.
  9. Mereka mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.
  10. Mereka mempunyai hubungan yang sihat sesama orang-orang disekeliling mereka.
  11. Mereka berbakat dan kreatif.
  12. Mereka mempunyai nilai-nilai yang mereka susun dan mengamalkanya sendiri.
Manusia tidak mampu melakukan sesuatu diluar konsep diri mereka.  Percayalah.
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment