In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Tuesday, April 19, 2011

Apa kaitan Bahasa dan Kejayaan

Ramai orang yang mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang serupa, tetapi mengapa pencapaian mereka didalam bidang yang mereka ceburi menunjukkan kehebatan yang berbeza? Apakah kemahiran yang mereka tidak miliki atau tidak digunakan dengan berkesan? Kemahiran Berkomunikasi - untuk mempengaruhi -  anda harus menguasai kemahiran tersebut.

Disini saya tidak mahu menyentuh tentang "character" yang menyeluruh kerana ianya mempunyai kesan yang sangat efisien dalam memburu kejayaan. Saya cuba ingin mengaitkan apakah kaitan diantara kejayaan dengan bahasa - apakah perbezaan bahasa yang digunakan oleh orang yang berjaya dengan orang yang kurang atau tidak berjaya? Apakah ciri-ciri bahasa orang berjaya? Apakah kaitan antara kejayaan, bahasa dan estim?

Saya mulakan dengan ESTIM. Setiap orang mempunyai estim. Apa itu estim? Cuba jawab pertanyaan ini; setiap pagi anda memandang ke dalam cermin, adakah anda bangga dengan wajah yang anda miliki? Jika jawapannya "YA", ini menunjukkan yang anda mempunyai "self-esteem" yang tinggi. Satu lagi soalan; apakah perasaan anda selepas sehari-hari berbahasa dengan gaya negatif; jika jawapannya "BANGGA", anda memiliki peribadi yang rendah. Dan anda mempunyai jalan yang sukar untuk berjaya dalam apa juga bidang. Estim ialah bagaimana anda melihat dan merasakan tentang diri anda. Pakar komunikasi mendapati; kata-kata individu yang mempunyai estim yang tinggi mudah mempengaruhi orang-orang yang mendengarnya.

Bahasa merupakan alat komunikasi yang efektif dan banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Disini saya ingin menekankan penggunaan komunikasi untuk mempengaruhi orang lain kapada sesuatu yang positif. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai idea, cuba mempengaruhi orang lain untuk menerima ideanya. Ataupun tidak menyukai sesuatu idea dan mempengaruhi orang lain untuk menolak idea tersebut. Faktor yang menyebabkan orang mudah dipengaruhi ialah dengan mengeksploitasikan estim kedalam bahasa yang digunakan untuk tujuan mempengaruhi golongan sasaran anda.

Estim mempunyai kesan persuasif, olih itu individu yang mempunyai estim yang tinggi mempunyai daya persuasif yang tinggi dan sebaliknya. Mereka bijak memanipulasi gaya bahasa yang berbagai-bagai. Contonya; pakar motivasi menggunakan bahasa yang melonjakkan semangat, doktor menggunakan bahasa yang meyakinkan pesakitnya, dan berbagai lagi cara penggunaanya. Ini bermakna hanya dengan mendengar seseorang itu bercakap, orang lain mampu menilai setinggi mana estim mereka. Implikasinya ialah bagaimana seseorang hendak mempengaruhi orang lain, strateginya ialah dengan menggunakan ciri-ciri bahasa yang menampakkan estim yang tinggi.

Sumber estim yang paling berkesan ialah "Kejayaan". Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang-orang yang berjaya. Manusia mudah menerima idea, cadangan, nasihat, pandangan dan teguran daripada orang yang berjaya. Apa juga yang datang dari orang yang berjaya ianya amat meyakinkan. Itulah kesan psikologi manusia tentang sesuatu apa yang diyakinkannya dan membuatkan mereka mudah dipengaruhi.Untuk memulakan kejayaan anda harus bermula dengan mempelajari dan mengamalkan bahasa orang yang berjaya. Anda tidak boleh mencapai sesuatu kejayaan secara bersendirian, bantuan dan pengaruh orang disekeliling anda merupakan faktor penting untuk merealisasikan kejayaan anda.

Ciri-ciri bahasa yang sering digunakan oleh orang berjaya ialah penggunaan gaya bahasa positif manakala orang yang gagal pula menggunakan gaya bahasa yang amat negatif. Lazimnya manusia lebih sukakan orang-orang yang bersikap positif. Perasaan "suka" itulah menyebabkan manusia mudah dipengaruhi oleh mereka yang bersikap positif. Inilah faktor yang dapat menjelaskan mengapa orang yang berjaya bijak memanipulasikan estim tinggi dan gaya bahasa positif dalam mencapai sasarannya. Estim, gaya bahasa positif dan kejayaan merupakan tiga perkara yang berkaitan. Ianya mempengaruhi antara satu sama lain, dan bagitulah seterusnya berputar-putar dalam lingkaran untuk mecipta kejayaan demi kejayaan. 

Disebabkan naluri manusia suka kapada orang-orang yang positif, ini bermakna strategi pertama yang dilakukan oleh seseorang yang berjaya kapada golongan sasaran pengaruhnya, ialah terlebih dahulu membuatkan orang yang ingin dipengaruhi itu suka kapadanya. Tunjukkan kapada mereka anda seorang yang bersikap positif dengan menggunakan gaya bahasa positif dan estim yang tinggi. Siapakah pemidato kesukaan anda dan kenapa anda menyukainya? 

Kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan-kesan yang  positif keatas hubungan sesama manusia. Ia memainkan peranan penting didalam kehidupan. Orang yang menggunakan bahasa yang positif dipandang sebagai seorang yang menarik, anda dilihat seakan-akan orang yang paling tampan atau jelita daripada diri anda yang sebenarnya. Menyebabkan anda dianggap sebagai orang yang pandai bergaul, lebih pintar dan lebih berbakat daripada keadaan anda yang sebenarnya. Tidak mustahi anda akan menjadi kesukaan ramai.

Bahasa mempunyai kuasa yang hebat untuk mempengaruhi seseorang. Ia memainkan peranan yang berkesan dalam menempa kejayaan dalam apa bidang sekali pun. Sebagai contoh, seorang politikus berkaliber mampu mengubah suasana sistem politik sesebuah negara dengan ideanya melalui pidatonya yang efisien, usahawan berjaya meningkatkan magin jualan melalui promosi dengan penggunaan bahasa yang meyakinkan pelanggannya. Bahasa yang positif memberikan pulangan yang lumayan. Cubalah. Gunakannya dalam apa juga, persahabatan, hubungan kekeluargaan, percintaan dan dalam apa juga kontek.

A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment