In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Wednesday, April 20, 2011

Skrip Kehidupan

Skrip Komitmen
 Pelakon skrip komitmen diumpamakan mengikat dirinya kapada suatu jadual sepanjang hidupnya dan beliau yakin jadual tersebut akan menghasilkan ganjaran-ganjaran yang positif. Skrip komitmen membuat pelaburan jangka panjang untuk melakukan pelbagai pembaikan dan pencapaian. Mereka mempunyai cita-cita yang ideal untuk masa depannya. Cita-cita tersebut menjadi pendorong dan fokus untuk beliau sampai dan menggengam impiannya. Mereka bijak dan telah memberi makna kapada kehidupannya. Beliau telah melaraskan kompas kehidupannya kapada arah yang diyakini betul dan tepat.

Apabila anda mempunyai skrip komitmen, anda mempunyai objektif dan matlamat hidup yang amat jelas. Matlamat itu sentiasa jelas didepan mata anda. Anda akan berkerja kuat, tabah, gigih dan tekun untuk menghampirinya dan mencapainya. Anda rela jatuh bangun, terus berjuang kerana anda mempunyai keyakinan yang  sangat tinggi akan kejayaannya, segala halangan dapat diatasi. Ciptalah satu matlamat asalkan ianya; jelas, bolih diukur proses pencapaiannya,realistik,bolih dicapai berdasarkan kemampuan yang ada dan mempunyai tempoh mula dan tempuh tamat. 

Skrip Nuklear
Dalam skrip nuklear dipenuhi dengan rasa serbasalah, serba bimbang dan serba tidak yakin tentang apa yang sepatutnya untuk dijadikan matlamat dalam hidup mereka. Skrip ini penuh dengan konflik antara yakin dengan tidak yakin, mahu dengan tidak mahu, antara takut dan berani dan pelbagai konflik lain yang timbul.

Didalam diri setiap individu ada satu faktor dalaman yang mampu mendorong mereka melakukan pelbagai perbuatan dan tingkahlaku. Faktor tersebut ialah "Dorongan Keperluan". Untuk memenuhi "keperluan"; sebagai manusia kita melakukan apa yang boleh/mampu kita lakukan disebabkan untuk memenuhi keperluan yang diinginkan. Samada keperluan jasmani, emosi mahupun rohani. Keperluan-keprluan yang tidak dipuaskan mendorong manusia bertindak. Mengapa terjadinya demonstrasi, atas sebab apa mereka berdemonstrasi? 

Istilah lain kapada keperluan ialah motif. Sebagai contoh, apabila kita terasa sangat inginkan kasihsayang, tetapi kita tidak mempunyai pasangan, maka akibatnya jiwa kita berasa serba tidak kena. Perasaan tersebut mendorong kita melakukan sesuatu untuk menghilangkan perasaan tersebut. Umpamanya, kita akan melakukan pelbagai perkara untuk menarik minat orang supaya menaruh perasaan kasih dan belas kasihan kapada kita. Kita seolah-olah kehilangan segala-gala yang kita miliki dan inginkan orang lain sentiasa memahami kita. 

Keperluan-keperluan kita dipengaruhi oleh bagaimana cara kita diasuh dan dibesarkan didalam tempuh proses pembesaran kita. Jadi diantara seseorang dengan seseorang yang lain mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Apa yang penting pada si-A, tidak berapa penting kapada si-B. Walau bagaimanapun keperluan asas bagi semua orang adalah sama. Keperluan tersebut ialah; keperluan jasmani atau fisiologi, keperluan untuk berasa aman dan selamat, keperluan sosial dan berhubung sesama manusia, keperluan estim (rasa ingin dihargai) dan keperluan untuk menjadi orang yang kita inginkan/impikan. 

Nota: Kenapa skrip ini dinamakan "Skrip Nuklear"? Sebab kalau ia meledak hancurlah sebuah kehidupan, bayangkan ledakan sebutir "bom nuklear".  Bom nuklear yang paling dahsyat dialaf 20an ini ialah DADAH. Jauhi dan jangan ambil dadah bila bermasalah, jumpalah perunding yang bertauliah.

Jiwa dan kehidupan akan stabil setelah dipenuhi oleh lima keperluan diatas. Carilah dan  dapatkannya.Manusia tidak akan menjadi sempurna kehidupannya tanpa lima keperluan diatas!
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment