In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Thursday, April 21, 2011

Hanya lima jenis "keperluan" diperlukan untuk hidup

Kenapa saya ingin hidup? Walaupun kehidupan itu sukar. Saya melakukan apa yang saya lakukan dalam kehidupan ini atas desakkan lima jenis "fitrah keperluan". Lima keperluan jika dapat saya miliki, ini menjadikan saya hidup!
  1. Keperluan Fisiology: Keperluan jasmaniah, dimana manusia akan mati jikalau keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi. Iaitu; makanan, air, udara, seks dan kepuasan sensori atau indera. Manusia mencipta sumber, kerja dan peluang perkerjaan untuk memenuhi tuntutan keperluan ini. - "Saya mahu dapatkan apa yang saya inginkan".
  2. Keperluan Keselamatan: Keinginan menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan tenteram, stabil, bebas daripada perasaan bimbang dan takut. Untuk menjamin keperluan tersebut, manusia mencipta bergai-bagai undang-undang dan peraturan. Teknologi dicipta untuk mengatasi dan menyesuaikan diri mereka daripada ancaman alam semulajadi. - "Saya mahu hidup saya selamat dan aman sejahtera sentiasa".
  3. Keperluan Sosial: Keperluan untuk berpasangan, bersahabat, berkenalan dan memerlukan manusia lain dalam kehidupan. Keinginan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan manusia lain. Untuk mendapatkannya mereka melakukannya melaui proses perkahwinan, hidup berjiran, berpersatuan dan bermasyarakat. Contohnya, Ianya mendorong kita jatuh cinta kerana kita ada keperluan mencintai orang lain. Dimana jika keperluan ini tidak diisi kita berasa sepi, tersisih atau terbuang. - "Saya inginkan kehidupan yang bahagia selalu".
  4. Keperluan estim (esteem): Setiap manusia inginkan diri merela dihargai, diperlukan, dimuliakan dan dihurmati oleh manusia lain. Dua jenis keperluan estim yang diperlukan; Keperluan dalaman, iaitu keinginan kapada perasaan merdeka, bebas, yakin, kuat, berjaya, bijaksana, istimewa dan lain-lain perasaan yang seumpamanya. Keperluan luaran; keinginan untuk menjadi ternama, terkenal, penting, mulia, dihurmati, berpangkat, disegani dan lain-lain. Untuk memenuhi keperluan ini manusia bersaing untuknya. - "Saya seorang yang hebat, berguna dan diperlukan".
  5. Keperluan "self-actualization": Semua orang berhasrat ingin menjadi dirinya seperti apa yang diidam-idamkan atau realisasi-diri. Keperluan ini menjadi keperluan manusia yang paling tinggi, kadang-kadang menjadi keperluan manusia yang tidak penting. Maknanya; jika kita gagal memenuhi keperluan ini kita tidak akan mati, ataupun menderita. Seandainya kita dapat memenuhi keperluan ini kita merasakan hidup kita penuh bermakna. Keperluan inilah yang mendorong manusia berusaha memperbaiki diri. Mereka sanggup menempuh apa keaadaan sekalipun untuk memenuhi keperluan tersebut. Keperluan ini jika berjaya dilaksanakan, ianya memberikan kepuasan secara peribadi. Bermaksud kepuasan ini hanya untuk dirinya sahaja, bukan untuk orang lain. - "Saya berbangga menjadi siapa diri saya".
Tiada apa yang dapat saya tukar gantikan dengan lima keperluan diatas.
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment