Nasihat saya, jangan cuba main2 terperanjatkan kawan2, sedangkan apek ni tak ada orang yang terperanjatkan dia pun menerima akibatnya. Berhati2 bila bergurau senda, jangan sampai terperanjat.
Semalam hari minggu, saya pergi kepekan berhampiran untuk minum2 kopi dan jumpa kawan. Adalah lebih kurang 30 minit saya disana. Dan tujuan kedua saya ialah nak kekedai 'apek' betulkan jam tangan. Lama betul saya tidak kekedainya. Selepas membayar minuman saya pun terus menuju kesana.
Dari kejauhan saya dapat melihat kedai apek dengan gahnya 'HAN TAM TUKANG JAM'. Saya baca berkali2 papan tanda kedai tersebut sambil berkata2 didalam hai, "Apa, apek ni panggil orang hentam dia ke?" Itu cuma soalan bodoh, saya tak kuasa melayannya. Saya melangkah masuk kedalam kedai. Disitu cuma ada seorang 'aso' yang bertugas. Ohh! baru saya ingat, itu isteri apek lah tu.
Saya tak pasti dia kenal lagi saya ke tidak. "Aso, kasi tengok saya punya jam apa hai, tatak jalanlah" Aso mendonagk, "Ai yaaa! aman lama tatak tengok, mana pegi?, angkat mali itu jam saya tengok." Sedang dia merepair jam saya mencari2, meninjau2 jauh kedalam kedai, mencari seseorang yang lama saya tidak jumpa.
Saya bertanya, "Aso, apek mana?" Aso menjawab, "Haiya, lia sudah mati lo, lu tak tau ka?" Maka saya minta Aso menceritakannya dari mula hingga keakhir. Bagini cerita Aso:
" Itu jam aa, Apek macam miasa(biasa) keleja(kerja) mikin jam la. Itu jam dia badan tak la belapa maik(baik), sobab itu malam saya masak laging(daging) 'ciok' banyak podas(pedas) bikin lia punya pulut(perut) kacau. Lia(dia) masuk keluar nyamban(jamban) banyak kali looo.. tak moleh(boleh) kila oo. Itu ada satu kali lia pulut manyak kuat kacau, mutut2(betul2) tak muleh tahan. Lia telus lali masuk nyamban, lupa mau angkat keluar dia punya celmin(kanta yang tukang jam gunakan dimatanya). Lia masuk nyamban saya tiam2(diam2) duduk kelija la. Put2 saya lengar dia jelit(menjerit) lalam nyamban, banyak kuat loo. Saya lali pegi tengok, aiyoo... lia sulah mati. Sampai sikalang saya tak tau apa pasai(pasal) lia mati... manyak misteli(mistery) woo. Semua olang(orang) tak tau lia tepelanjat(terperanjat) apa? Aman.. lu lain kali kalau masuk nyamban jangan pakai itu balang(kanta pembesar) aaa, manyak mahaya(bahaya) lo, saya kasi ingat sama lu. Aso nampak sedih, saya simpati dan berterima kasih diatas nasihatnya. Sayang juga Aso dekat saya.
Kapada saya apa yang menjadi misteri kapada Aso, tentang kematian Apek perkara kecil bagi saya. Kerana saya telah lama berkawan dengan Apek ni. Saya tahu kelemahannya, dan saya tahu apa yang meneperanjatkan beliau sehingga membawa maut. Kapada Aso dan juga kapada pembaca ini misteri, tapi tidak bagi saya!
Kapada pembaca yang budiman dan bijaksana, saya cuba menilai kecerdasan minda anda untuk menyelesaikan misteri tersebut. Cuba cari jawapannya. Apakah benda yang meneperanjatkan si-Apek? Kenapa Apek terperanjatkan benda yang anda ramalkan? Selamat mencuba.
Salam Hurmat
MY JOURNEY
No comments:
Post a Comment