In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Saturday, April 9, 2011

Hari ini saya luangkan masa 30 minit untuk berfikir tentang hidup

Disini ada percanggahan - jika kehidupan penuh dengan pelbagai pilihan, dimana letaknya persoalan tolak-ansur? Malahan tolak-ansur juga merupakan satu pilihan. Sekarang saya cuba menilainya.

Bagaimana dikatakan kehidupan penuh dengan pilihan?
Jika saya punyai pilihan, hidup ini amat mudah bagi saya. Saya bolih menolak yang itu dan ini, memilih yang itu dan ini.... 
Bila saya makan terlalu banyak, saya membuat pilihan untuk menjadi gemuk. Bila saya minum dan memandu, saya membuat pilihan mengambil risiko untuk terbunuh atau membunuh dalam sesuatu kemalangan jalanraya. Kalau saya melayan orang lain dengan buruk, saya membuat pilihan untuk dilayan dengan buruk sebagai balasan. Seandainya saya tidak prihatin akan orang lain, saya membuat pilihan untuk tidak dipedulikan oleh orang lain.

Setiap pilihan punya akibat. Saya bebas untuk membuat pilihan tetapi selepas memilih, pilihan itu akan mengawal saya. Pilihan itu adalah milik saya. Pilihan itu boleh diumpamakan sebagai seorang pembuat tembikar, yang mampu membentuk tanah liat menjadi apa juga bentuk yang dia suka. Samalah seperti saya boleh membentuk kehidupan saya kapada bentuk-bentuk yang saya suka. Mudah kalau berdepan dengan perkara yang subjektif.

Bagaimana dikatakan hidup penuh dengan tolak-ansur?
Disini mula timbul masalah, situasi disini saya tidak ada kuasa memilih dan menolak. Dimana saya perlu bertolak-ansur dengan keadaan. Saya tidak dapat memenuhi apa yang saya inginkan.
Kehidupan ini bukan sahaja dipenuhi dengan keseronokan; ia juga menyakitkan dan mengecewakan. Perkara-perkara yang tidak dinginkan berlaku. Kadang-kadang sesuatu menjadi terbalik, perkara buruk terjadi kapada orang baik. Semuanya diluar kawalan, umpama saya tidak boleh memilih ibubapa saya atau keadaan kelahiran saya. Disini secara total saya tidak ada pilihan. Apa yang harus saya lakukan. Disini saya dikenakan juga untuk membuat pilihan secara terpaksa. 

Satu minggu saya tak mampu menemui jawapan - saya cuma biarkan sahaja "tanda tanya" tersebut, berehat saja. Cuaca cerah, jauh disana ditengah laut berpuluh-puluh perahu-layar balayar laju dalam pelbagai arah. Bagaimana ini boleh berlaku? Sedangkan angin bertiup pada satu arah sahaja, perahu layar  meluncur dalam arah yang berbeza antara satu dengan yang lain. Apa yang mengawal arah perahu tersebut? Ianya bergantung pada cara kemudi perahu itu dilaraskan, dan ini ditentukan oleh pelayarnya. Samalah juga seperti kehidupan, saya tidak boleh memilih arah angin yang saya inginkan, tetapi saya punya pilihan bagaimana untuk melaraskan pelayaran untuk sampai ketempat yang saya inginkan. Apa itu angin? Apa itu perahu-layar dan siapa pelayar itu?

Persoalan menjadi jelas sekarang. Saya hanya bolih memilih "sikap" saya, sikap saya adalah hak mutlak saya, tidak ada siapa yang bolih mengawalnya. Cuma "akibat" nya diluar kuasa pilihan saya. Apa juga yang saya lakukan, saya hanya bolih meramalkan akibatnya. Menentukan akibatnya diluar kuasa saya.  Umpamakan saya sakit - saya tidak punya pilihan untuk menolak sakit, ianya hukum alam, sikap saya lah yang akan menyelamatkan atau membunuh saya, ikhtiar untuk sembuh atau biarkan saja menunggu mati. Saya mesti bersikap sebagai pemenang atau mangsa keadaan. Sikap saya yang menentukan untung nasib saya.Saya tidak ada kuasa mengawal segala peristiwa yang berlaku dalam hidup saya, apa yang boleh saya lakukan adalah mengawal bagaimana menguruskannya. 

Saya semakin yakin sekarang akan jawapannya jika berdepan dengan keadaan yang saya tidak inginkan - hanya dua pilihan "tolak-ansur" dengan keadaan yang saya ada. Pertama mengubah nasib buruk tersebut dan saya selamat. Seandaikan saya tidak mampu mengubahnya, pilihan kedua ialah menyesuaikan diri saya dengan nasib buruk tersebut untuk terus hidup. 

Hidup ini penuh dengan pilihan dan tolak-ansur. Jangan suka menyusahkan kehidupan. Temukan jalan dan lakukan.
MY JOURNEY






3 comments:

  1. people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

    ReplyDelete
  2. Blog saya ini ibarat sebuah taman yang saya ciptakan untuk saya dan orang lain. Walaupun ianya tidak seindah mana,saya sudi mengongsikannya bersama siapa sahaja. Kalau ianya tidak dikunjungi sesiapa - saya lah pengunjung setianya. Disana saya dapat duduk dengan tenang menyorot perjalanan saya yang lampau, mengingat kembali hadiah yang yang alam berikan untuk saya. Mengetahui dengan lebih jelas dan teliti siapa saya di alam ini.

    MY JOURNEY

    ReplyDelete
  3. di sini kita bebas utk bercerita siapa diri kita dan bagaimana cara kehidupan kita...sebaik tempat untuk meluahkan perasaan adalah di sini, taman yang uncle ciptakan ini....hani suka menulis kerana hani suka bercerita tentang kehidupan hani....

    ReplyDelete