In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Sunday, May 1, 2011

Saya suka memerhati apa sahaja

Pemerhatian ialah satu teknik yang paling awal untuk mendapatkan data prima untuk mengkaji dan memahami sesuatu. Bagaimanapun pemerhatian tanpa panduan mungkin akan mendatangkan hasil yang terlalu banyak dan tidak berketentuan. Matlamat perlaksanaan pemerhatian mestilah jelas. Bahan pemerhatian mestilah jelas, sedar dan menilai apakah kepentingan tingkahlaku yang diperhatikan.

Pemerhatian secara rambang misalnya, "Fatimah nampak mengantuk hari ini," Julia kelihatan sangat riang". Walaupun pemerhatian ini ada nilainya tetapi lebih baik data daripada hasil penilaian ini dapat dibantu dengan data yang dikumpul daripada kaedah lain.

Pemerhatian yang mempunyai matlamat dan berterusan dapat menghasilkan data dan gambaran perkembangan individu atau sesuatu yang diperhatikan dengan lebih menyeluruh. Disamping itu data daripada pemerhatian dapat memperkemaskan data yang dikumpulkan dengan kaedah yang lain. Data daripada pemerhatian juga tidak dapat digantikan dengan data yang dikumpul daripada kaedah lain. Pemerhatian dibuat secara berpilih, dan pemerhatian ini juga menggalakkan perkembangan individu yang memerhati. Sekiranya yang memerhati ialah seorang bapa, dia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran mendidik, tetapi juga meningkatkan pemahaman terhadap anak-anaknya.

Terdapat beberapa masalah dalam merialisasikan kaedah pemerhatian ini:
  1. Kesukaran melakukan pemerhatian secara objektif terhadap seseorang/sesuatu sekiranya kita telah mempunyai sesuatu tanggapan atau perasaan terhadapnya. Disebabkan perasaan yang kita alami, kita mungkin akan terpesong daripada keadaan sebenar tentang apa yang diperhatikan. Kita mungkin melihatnya dengan perasaan kita bukan dengan mata. Kita mungkin hanya memilih untuk melihat apa yang ingin kita lihat sahaja, bukan realiti.
  2. Pemerhatian yang dibuat dalam masa yang singkat atau dalam sesuatu situasi sahaja tidak dapat memberikan data yang dapat untuk membuat generalisasi. Kesimpulan hanya dapat dibuat jika mempunyai data yang lengkap. Jika tidak, kita hanya boleh membuat hipotesis dengan maklumat yang terhad.
  3. Oleh sebab sampel kaedah pemerhatian ini kecil, dan bergantung kapada apa yang difikirkan oleh pemerhati sebagai signifikan sahaja, nilai data daripada pemerhatian ini hanya akan meningkat sekiranya mendapat maklumat daripada beberapa orang pemerhati.
  4. Latihan yang baik perlu diberikan kapada pemerhati, untuk mengelakkan daripada membuat kesimpulan yang tidak tepat, atau hanya melihat apa yang ingin dilihat sahaja.
  5. Pemerhati juga menghadapi kesukaran untuk menyatakan apa yang dilihatnya, oleh itu kadangkala permasalahan daripada memperihalkan apa yang dilihat juga terjadi.
Kaedah pemerhatian ini memrlukan pemerhati yang mahir. Kebolehan seseorang menggunakan kaedah pemerhatian ini boleh dipertingkatkan dengan mengikuti kursus dalam kaedah memerhati dan membuat rekod apa yang diperhatikannya. Untuk meningkatkan mutu pemerhatian yang dibuat beberapa prinsip membuat pemerhatian perlu diikuti seperti:
  1. Pemerhati haruslah mempunyai pengetahuan dan biasa dengan ciri tingkahlaku individu yang diperhatikan. Tingkahlaku berkait dengan 'fasa sesuatu pertumbuhan diri individu' kerana individu akan berkelakuan tertentu pada tahap tertentu.
  2. Pemerhatian harus menyeluruh, termasuklah setting atau alam sekitar dimana tingkahlaku itu dilaksanakan, kerana alam mempunyai pengaruh keatas tingkahlaku.
  3. Pilihlah seorang individu sahaja untuk sekali pemerhatian. Jika memilih untuk memerhati beberapa orang pada satu masa mungkin pemerhatian akan menjadi sukar dan tidak mendalam.
  4. Pemerhatian harus dibuat dalam situasi yang biasa untuk sesuatu populasi. Jika memerhati seseorang individu boleh diperhati ditempat kerja, dipadang, dikantin, tingkahlaku yang ditunjukkan dalam aktiviti normal seharian lebih jelas daripada melihatnya dalam sesuatu situasi tertentu. Contohnya, lebih baik memrhati individu dalam pejabat daripada memerhatinya ketika berada dibilik pengurus pejabat.
  5. Buat pemerhatian beberapa hari kerana terdapat juga individu yang mempunyai hari yang tidak baik, seperti hari Isnin, iaitu hari pertama kepejabat dalam minggu tersebut mungkin berbeza daripada hari yang lain. 
  6. Perhatikan individu sewaktu mereka bertindak seperti sewaktu ingin menyelesaikan masalah, yang memerlukan mereka mengunakan kebolehan diri yang ada. Perhatikan semua individu, bukan mereka yang dirasakan memerlukan perhatian sahaja.
  7. Perhatikan tingkahlaku penyesuaian yang berbeza seperti penyesuaian diri dalam alam perkerjaan, aktiviti sosial, status emosi, kesihatan fizikal, dan minat lain yang bukan akademik.
Selanjutnya dimasa akan datang, saya akan memaparkan kaedah-kaedah pemerhatian untuk sesuatu tingkahlaku. Apa pentingnya pemerhatian dalam kehidupan? Ialah untuk mendapatkan data/maklumat dan memudahkan kita membuat penilaian dan keputusan tentang sesuatu/seseorang yang akan mempengaruhi kehidupan kita.

A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment