In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Sunday, May 8, 2011

JANGAN CUBA MENGGERGAJI HABUK KAYU

Satu-satunya cara untuk membuat agar masa lampau menjadi sesuatu yang membina ialah menganalisa dengan tenang kesalahan-kesalahan yang telah berlaku, mengambil manafaat nya dan melupakan kepahitannya. Dapatkan pengajaran yang bolih digunakan dikemudian hari.
Yang sudah hilang biarkan sahaja – jangan menangisi susu yang sudah tumpah, sebaliknya saya harus mengerjakan yang lain.

Pengetahuan itu tidak bererti sama sekali jika tidak dihayati dan diamalkan. Bolihkah saya mengergaji habuk kayu? Tidak, ini sama juga halnya dengan masa lampau – terlalu membimbangai kesilapan yang telah berlalu, ini sama ibaratnya saya berusaha menggergaji habuk kayu.

Orang yang bijaksana tidak pernah duduk meratapi kegagalannya, tetapi dengan gembira mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dialaminya. Tunjukkan pada saya siapa yang tidak pernah malakukan kesilapan – menghadapi kegagalan. Napoleon pun mengalami kegagalan dalam peperangannya – walau segah mana pun namanya dalam sejarah. Barangkali kesilapan yang saya lakukan tidak seburuk Napoleon, siapa tahu?

Tunjukkan Pada saya siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment