Membina keyakinan dalam masa satu jam
Buku. Semakin banyak saya membaca semakin saya sedar bahawa dunia ini sentiasa dalam keadaan penyiksaan rohani dan jasmani. Berbagai konflik dalam masyarakat, peperangan, kelaparan, kemiskinan, penyakit, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
Bacalah sejarah! Berusahalah mendapatkan gambaran yang luas tentang dunia ini, kemudian lihatlah betapa kecilnya kesulitan saya dibandingkan dengan kesulitan sepanjang zaman.
Saya yakin saya sering menerima hakikat
Bila saya telah menjalani kehidupan beberapa puluh tahun, saya temui banyak perkara yang tidak menyenangkan. Saya mempunyai pilihan. Menerima hal tersebut sebagai kenyataan yang tidak bolih dihindari dan menyesuaikan diri dengannya, atau saya bolih menolaknya. Jika saya pilih menolaknya, bererti saya akan binasa atau hidup dalam pergolakkan yang mungkin mengakibatkan gangguan saraf, emosi atau mental.
Berikut petikan nasihat dari orang yang bijaksana. “Bersedialah menerima apa saja. Menerima apa yang telah terjadi bererti satu langkah maju dalam mengatasi nasib malang.”
Tiada siapa dapat mengubah atau mengembalikan perkara yang telah terjadi. Belajarlah menerima nasib dengan lapang dada dengan menerima dan menyesuaikan diri dengan kenyataan. Ajarilah saya supaya tidak merindui bulan atau memungut semula susu yang tumpah, kerana semua ini sia-sia.
Sudah pasti persekitaran itu sendiri tidak akan membuatkan saya bahagia atau derita. Yang menentukan perasaan saya adalah cara saya bertindakbalas terhadap persekitaran saya. Saya lebih kuat dari anggapan saya, maananya kalau anggapan saya berkata saya kuat, saya akan katakan sayalah yang terkuat. Kalau saya kehilangan satu nikmat, pencipta saya masih menyediakan jutaan nikmat lagi untuk saya dapatkan – jika saya mahu.
A Little Black Pen
No comments:
Post a Comment