In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Wednesday, May 11, 2011

JENIS-JENIS KEGELISAHAN

Sigmund Freud (1856-1936), memberi satu struktur personaliti manusia yang mana menurut beliau personaliti manusia mengandungi  Id, Ego dan Superego.

Id ialah bahagian personaliti yang paling primitif sekali. Ia adalah sitem asal yang datang bersama-sama bayi yang baru dilahirkan. Ego ialah tenaga jiwa yang berasal daripada Id, tetapi ia amat berbeza dari Id. Ego ialah eksekutif yang mengawal , tetapi ia amat berbeza dari Id. Ego ialah eksekutif yang mengawal personaliti seseorang itu dan ia mula berkembang sejurus selepas kelahiran, iaitu semasa bayi mula berinteraksi dengan alam sekitar.

Superego pula ialah cabang moral atau kehakiman bagi sesuatu personaliti. Ia menggambarkan aspek-aspek moral manusia dan perkembangannya berlaku apabila ibu bapa atau orang dewasa lain memberitahu kanak-kanak mengenai nilai-nilai masyarakat. Ketiga-tiga sistem ini sering berinteraksi di mana Id mendesak, Ego mengatur, dan Superego memerhati menyelia gelagat Id dan Ego. Semasa proses menapis, mengawal dan memenuhi kehendak dan dorongan Id inilah menyebabkan sering terhasilnya perasaan-perasaan risau dan gelisah. Kegelisahan terbahagi kapada tiga jenis iaitu:

Kegelisahan Realistik
Kegelisahan realistik ialah kegelisahan yang dirasai kerana adanya sesuatu ancaman yang nyata yang wujud, atau ancaman yang dijangkakan di dalam persekitaran. Darjah kerisauan yang dirasai adalah setimpal dengan ancaman yang wujud atau dijangkakan. (Amir, 1997)

Kegelisahan Moral
Kegelisahan moral ialah kegelisahan yang terhasil daripada hati nurani atau conscien seseorang individu. Conscien ini sebagai- hasil daripada ancaman hukuman yang dikenakan kapada seseorang semasa pada peringkat awal zaman kanak-kanaknya oleh ibu bapa atau orang lain yang ada kuasa keatasnya. (Costin dan Draguns, 1989)

Kesan yang timbul daripada ancaman itu menjadi ukuran moral dalam diri seseorang sehingga mereka meningkat dewasa. Ini menyebabkan seseorang individu yang mempunyai conscien yang mantap mudah berasa bersalah jika mereka melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan nilai moralnya atau nilai-nilai masyarakatnya.

Kegelisahan Neurotik
Kegelisahan neurotik ialah kegelisahan yang timbul daripada perasaan bimbang seseorang yang dia tidak dapat mengawal cetusan naluri-nalurinya sehingga menyebabkan dia melakukan sesuatu perkara yang di luar kawalan dirinya (Fischer, 1970 dan Amir, 1987). Kegelisahan yang seperti ini ialah kegelisahan yang tidak dapat ditentukan puncanya, atau pun ia adalah kegelisahan yang diketahui puncanya, akan tetapi kadar kegelisahan yang dialami oleh individu itu lebih daripada tahap yang sepatutnya (Costin dan Draguns, 1989).

Kesimpulan.
Diantara ketiga-tiga jenis kegelisahan ini, kegelisahan neurotik ialah gangguan emosi yang paling berbahaya kapada seseorang individu. Ini disebabkan kegelisahan jenis ini bersifat “tidak sedar” dimana sering kali punca atau penyebab kegelisahan ini tidak dapat dikesan.
Pada kebiasaannya dalam menghadapi kegelisahan jenis ini, seseorang individu itu menggunakan berbagai helah bela diri yang bersifat psikologikal seperti represi, pembentukkan reaksi, ungkaian, rasionalisasi, projeksi, penafian, identifikasi, pengalihan, lekatan dan regresi (Nye, 1992).

Hadapi dan jangan berputus asa
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment