In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Saturday, May 7, 2011

Kebimbangan! Apa yang boleh saya buat dengannya

Menganalisa dan menyelesaikan masalah kebimbangan

Kaedah
Apa\Mengapa\Bila \Bagaimana\Dimana\Siapa.
Saya harus melengkapkan diri agar dapat mengenali berbagai macam kebimbangan dengan cara mempelajari tiga langkah asas yang diperlukan dalam menganalisa persoalan. Langkah-langkah tersebut ialah:
  1. Cari dan kumpulkan seluruh fakta yang ada.
  2. Buat analisa terhadap fakta-fakta tersebut.
  3. Ambil keputusan – dan kemudian bertindak dengan keputusan tersebut.
Cari dan kumpulkan  yang ada
Tanpa fakta persoalan masalah tidak dapat dipecahkan dengan sebaiknya. Tanpa fakta kita menghadapi kesulitan dan bingung. Kekeliruan merupakan penyebab utama kebimbangan. Separuh dari kebimbangan disebabkan membuat keputusan sebelum memiliki cukup pengetahuan
Semasa proses mencari dan mengumpul fakta, saya harus memisahkan antara emosi dan fikiran saya – dalam mendapatkan fakta saya harus jujur dan adil – samaada fakta tersebut menyokong saya atau tidak, fakta tersebut harus diambil kira. Lakukan dengan mengikuti cara berikut:
  1. Bila saya sedang berusaha untuk mendapatkan fakta, saya berpura-pura bahawa maklumat yang sedang saya kumpulkan itu bukan untuk diri saya, tetapi untuk orang lain. Dengan berbuat demikian membantu saya jujur dalam menganalisa bukti-bukti. Hal ini membantu saya menghadkan emosi saya.
  2. Saya berusaha mendapatkan fakta yang berlawanan dengan keinginan saya, fakta yang saya benci menghadapinya. Kemudian semua fakta tersebut saya tulis, baik dari sudut saya mahupun dari pihak lawan. Dan akhirnya saya dapati kebenaran terletak diantara kedua titik ekstrim tersebut.
Bagaimana untuk mendapatkan fakta
Setiap fakta yang tidak dapat dianalisa dan ditafsir tidak memberi apa-apa maana kapada penyelesaian masalah. Jangan sekali-kali menyelesaikan masalah tanpa mendapatkan fakta terlebih dahulu secara jujur dan tidak berat sebelah. Seandainya tidak mendapatkan fakta yang cukup, tangguhkan dahulu proses penyelesaian masalah tersebut. Ini dipanggil proses mengeram.
Fakta akan mudah dianalisa selepas ianya ditulis dengan jelas diatas kertas. Dengan itu saya lebih mudah untuk mencapai satu keputusan yang bijaksana.
Apabila saya menghadapi kebimbangan atau masalah, saya akan mengajukan dua pertanyaan – jawapan kapada pertanyaan tersebut|
  1. Apakah yang sedang saya bimbangkan?
  2. Apakah yang bolih saya lakukan mengenainya?
Manakala 90% kebimbangan dapat saya redakan dengan menggunakan empat langkah dibawah:
  1. Menulis dengan jelas tentang apa yang saya bimbangkan.
  2. Menulis jawapan apa yang dapat saya lakukan mengenainya.
  3. Memutuskan apa yang harus dilakukan mengenainya.
  4. Melakukan dengan segera setiap keputusan yang telah diambil.
  5. Berdoa dan berharap keputusan dan tindakan yang saya ambil tepat dan efektif.
Apa yang boleh saya lakukan
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment