In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Monday, May 9, 2011

KEBIMBANGAN - Saya hanya ada lima cara mengatasinya

  1. Pengaruh ajaib fikiran terhadap penyakit fizikal. Memusatkan fikiran kapada perkara yang sulit untuk dilakukan. Nikmatilah hidup ini dengan sebaik-baiknya selagi ada kesempatan. Asyik dan gembira dengan kehidupan, dengan masalah kehidupan dan dengan apa juga yang berlaku disekeliling kita. Bersahabatlah dengan semua, dengan alam atau makhluk. Kegembiraan merupakan satu syarat untuk berjaya dalam hidup ini.
  2. Bacalah sebanyak mungkin buku yang kamu suka – kerana disana banyak petunjuk yang berguna – bersahabat dengan buku.
  3. Atur kehidupan harian dengan jadual tugasan-tugasan sehingga menjelang malam, jangan biarkan sesaat masa kita diisi oleh kebimbangan. Otak tidak dapat berfikir dua perkara dalam satu masa. Oleh itu sibukkan diri dengan perkara-perkara yang membuatkan kita gembira.
  4. Belajar membuang perbuatan-perbuatan bodoh dalam kehidupan. Banyakkan menelaah buku-buku falsafah kehidupan, ini akan membantu minda kita sedar tentang kebodohan kita.
  5. Jadikan sabar sebagai asas pemecah kesulitan, sabar membantu kita untuk tidak terburu-buru, membawa kita berfikir dahulu sebelum bertindak, menganalisa kesulitan dari perspektif yang sewajarnya dan mendorong kita membuat keputusan yang tepat. 
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment