In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Thursday, May 5, 2011

Saya hidup dalam jangka waktu yang terbatas

“Tugas utama yang harus saya lakukan bukanlah melihat apa yang terletak samar samar jauh disana, tetapi meleksanakan apa yang kelihatan dengan jelas dihadapan mata”.

Amalkan cara hidup, iaitu hidup dalam “jangka waktu yang terbatas”. Apa maksudnya? Hidup ini umpamakan satu pelayaran yang jauh dan berbagai-bagai keadaan dan peristiwa yang perlu ditempuhi. Saya perlu belajar mengawal dan mengendalikan jentera-jentera kehidupan saya dengan sebaik mungkin, iaitu dengan cara “hidup dalam jangka waktu yang terbatas”. Dengan demikian pelayaran itu akan terjamin keselamatannya, bersedia dianjung dan periksa samaada dinding pemisah berfungsi dengan baik, pintu besi harus tertutup rapat terhadap masa lampau, iaitu hari lampau yang sudah mati. Masa hadapan, hari esok yang belum wujud harus saya tutup dengan pintu besi juga. Kini saya selamat untuk hari ini. Beban hari semalam ditambah dengan beban hari esok akan memberatkan beban hari ini. Tutuplah hari hadapan dengan rapat, serapat saya menutup masa lalu. Masa hadapan bermula dengan hari ini, bukan esok.

Moralnya: Saya tidak perlu memikirkan dan merisaukan sesuatu perkara yang belum pasti berlaku keatas kehidupan saya, tumpukan pada kehidupan yang sedang saya lalui sekarang, binalah kehidupan tersebut dengan cara yang saya suka. Cara yang paling baik dalam membuat persediaan untuk masa hadapan ialah dengan melaksanakan tugas hari ini sebaik mungkin dengan senang hati serta menggunakan keseluruh kemampuan yang saya miliki. Hari ini harus menjadi hari yang terbaik yang harus saya gunakan untuk persiapan masa hadapan.  

“Kalau saya dapat membuat satu langkah, bermaana saya mampu melakukan beberapa langkah yang seterusnya”. 

Saya Ibarat sebuah jam pasir
Dibahagian atas sebuah jam pasir terdapat ribuan butir-butir pasir. Satu demi satu butiran pasir tersebut bergerak dengan perlahan-lahan dan jatuh melalui bahagian leher yang sangat sempit ditengahnya. Jam tersebut akan rosak jika butiran pasir yang melebihi kemampuannya melalui leher yang sempit tersebut. Leher tengah jam akan pecah atau masa yang disukat tidak sempurna, inilah dua komplikasi yang pasti berlaku.

Saya dan siapa pun sama halnya seperti jam pasir tersebut. Bila saya bangun pada setiap  pagi, saya dihadapkan pada beberapa tugas yang harus saya selesaikan pada hari itu. Tugas yang jumlahnya beratus-ratus itu harus saya selesaikan dengan tenang satu persatu, berganti secara teratur dan perlahan-lahan, seperti halnya butir-butir pasir dalam jam pasir yang satu demi satu melalui bahagian leher jam yang sempit. Saya harus meniru dan berbuat sebagaimana jam pasir berkerja, kalau tidak, bermaana saya merosakkan struktur tubuh dan mental saya.  

Setiap satu saat, satu butir pasir melalui…. setiap satu saat, satu tugas saya kena selesaikan.

Olih itu hendaknya saya dapat hidup bergembira sekurang-kurang dalam satu saat yang memungkinkan saya untuk hidup – inilah sebenarnya erti kehidupan yang sebenar. Hidup dengan sabar, nikmat, menyenangkan serta murni sehingga matahari terbenam. Setiap hari merupakan kehidupan yang baru bagi orang yang bijaksana. Saya tidak rela mati kerana kebimbangan. Kebimbangan adalah pemusnah tersohor kehidupan.
  1. Adakah saya cenderung mengenepikan hidup hari ini lantas merisaukan dan merasa khuatir akan hari esok, atau merindui masa-masa lampau yang telah berlalu?
  2. Adakah kadang-kadang saya merasakan hidup hari ini pedih kerana menyesali hal-hal yang terjadi kelmarin, pada hal itu semua telah berlalu?
  3. Adakah setiap kali saya bangun pagi mempunyai niat dan tekad untuk memanafaatkan hari ini, berniat untuk berkerja dan hidup sebaik-baiknya selama dua puluh empat jam?
  4. Adakah saya dapat lebih memanafaatkan hidup ini dengan cara “hidup dalam jangka waktu yang terbatas?
  5. Bilakahh saya dapat mulakan, hari ini?
Jangan ada sesal dihati saya
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment