In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Wednesday, May 11, 2011

SAYA JUGA MANUSIA LAIN DAN KEBIMBANGAN


Tekanan atau stress adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan walau dimana kita berada. Setiap individu memberikan reaksi dan tindakbalas yang berbeza-beza kapada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan mudah, tetapi tidak kurang juga yang memerlukan sokongan dan bantuan orang lain semasa menghadapi tekanan. Apa yang pasti, tekanan ialah satu punca kapada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi. Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang, gelisah, rungsing, sedih dan kadang-kala menimbulkan berbagai masalah psikosomatik.

Apabila berlakunya krisis, seseorang itu tidak mampu berfikir dengan baik - disebabkan olih ganguan emosi yang serius. Sesuatu kejadian yang berlaku dalam situasi begini juga biasanya dikaitkan dengan persepsi ancaman kapada kehidupan atau integriti seseorang.

Kegelisahan dapat diketahui wujud pada diri seseorang berdasarkan pada ekspresi wajah, tingkahlaku atau pun kecenderungan gaya berfikirnya, kerana orang yang menghadapi kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu menghadapi hidupnya sehari-hari. Apa yang membezakan dengan orang yang sihat ialah, penderita kegelisahan ini tidak dapat melalui hidup ini dengan rasa gembira, riang, yakin, bersemangat dan bertenaga mengikut yang sepatutnya, seperti yang dilalui olih kebanyakan orang.

Seluruh pemikirannya ditumpukan hanya ke dalam diri sendiri yang menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif seperti menjadi seorang yang sentiasa pasif, lemah semangat, tidak bercita-cita tinggi, dan sebenarnya mereka ‘mati’ sebelum mereka mati. 

Ini semua lumrah dalam kehidupan - jalani dan atasi
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment