In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Saturday, June 18, 2011

Tersandung Bukan Bermakna Jatuh

Besar makna terkandung didalam kata sederhana dari pepatah Portugis diatas. Hanya orang yang tidak berbuat apa-apa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Jika anda sedang melakukan sesuatu atau apa sahaja, tentu dan pasti ada badai yang datang menguji kekuatan atau kebijaksanaan kita. Dan badai itu amat berguna untuk menguatkan dan menjadikan kita bijaksana. Oleh itu hargailah badai itu. 

Benih yang ditabur ditempat yang terbuka akan tumbuh menjadi pohon yang besar dan subur. Pohon yang terlindung dari panas cahaya akan tumbuh lemah dan tidak akan mampu menjadi sebatang pohon yang besar dan kukuh. Ujian adalah sumber kekuatan. Gelombang dan badailah yang menjadikan seorang nelayan itu sentiasa menggukankan akalnya. Kecekalan yang membezakan antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Kemuliaan kita yang tertinggi, kehebatan kita yang disebut-sebut - bukan disebabkan kita tidak pernah jatuh, melainkan kita berdiri kembali setiap kali jatuh. Ada sesuatu yang sering dikagumi oleh setiap orang pada peribadi yang penuh dengan aspirasi, orang yang mempunyai kecenderungan untuk maju, mengatasi rintangan dan merobohkan halangan. Orang yang teguh tidak akan dapat dipisahkan dari kejayaan. Jika diletakkan penghalang ditengah laluannya, akalnya akan menjadikan penghalang tersebut sebagai batu loncatan atau tangga untuk mencapai kejayaan.

Orang yang berjaya mempunyai perancangan yang tersusun, ia menentukan jalan hidupnya, ia membuat perancangan dan melaksanakannya, ia bergerak lurus kapada sasarannya. Ia tidak tersasar dari landasannya meskipun ada kesulitan merintangi perjalanannya. Kalau ia tidak dapat membuang kesulitan itu, ia akan berjalan melaluinya. Ia akan hanya menyerah kalah bila air dilautan membeku. Adalah mustahil air dilautan membeku. Dan adalah mustahil seorang berjaya berhenti mencipta kejayaan demi kejayaan.

Layang-layang naik menentang angin, bukan mengikutinya.
Si-Kecil Dan Pena Hitamnya

No comments:

Post a Comment