In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Friday, June 24, 2011

Harmoni

Harmoni adalah kata termanis didalam apa juga bahasa didunia ini. Dimana pun dan dalam apa pun yang dilakukan, biarlah dalam keadaan harmoni. Harmoni bererti kesatuan, damai, kesesuaian dan berterusan dimana pun kita berada. Dimana ada keharmonian disitu ada kesihatan dan kesejahteraan.

Umpamakan, apabila tidak ada harmoni pada pemetik-pemetik piano, tidak akan lahir sebuah muzik yang menarik. Perkara yang sama juga berlaku didalam kehidupan. Kita tidak dapat mewujudkan yang terbaik dari diri kita, juga tidak dapat menikmati hubungan terbaik dengan semua orang yang ada disekitar kita.Harmoni itu pencetus kegembiraan walau dalam apa juga keadaan.

Rumah seharusnya menjadi titik awal kehidupan harmoni manusia. Rumah yang harmoni menghasilkan insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Rumah bukanlah bernama rumah, jika disebalik dinding-dindingnya tidak ada keharmonian dan tidak ada sikap saling menyayangi sesama penghuninya. Disinilah harmoni harus dimulakan. Apabila seseorang tidak dapat mengembangkan harmoni dirumahnya, bagaimana mungkin mereka boleh mendapatkan harmoni dalam ruang yang lebih luas dalam kehidupan diluar rumahnya?

Kita tidak sepatutnya menyembunyikan sesuatu kebahagiaan, tetapi gunakanlah ia untuk menerangi jalan orang lain juga. Manusia harus mengangkat manusia lain disekitarnya untuk mempelajari dan menerapkan keharmonian yang sederhana kedalam kehidupan mereka. Sehingga mereka juga menikmati keberkatan dari kehidupan kita. 

Dimana pun jika berlaku ketidakserasian adalah satu bencana yang akan menyalakan ketakutan dan kekhuatiran. Yang membuatkan api negatif semakin membara. Perkara sebegini akan merosakkan struktur sesebuah masyarakat. Banyak institusi kekeluargaan, negara, malahan juga pemerintahan yang gagal dan kucar-kacir kerana kurangnya nilai kemanusiaan yang sederhana ini. Keharmonian tidak menuntut sesuatu yang berlebihan, cukup dengan tolak-ansur, menghurmati dan memahami antara satu sama lain. Pemikiran yang harmoni menghasilkan kehidupan yang harmoni.

Harmoni adalah sumber segala kebaikan
Salam Kapada Fajar

No comments:

Post a Comment