In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Friday, June 17, 2011

Bagaimana keadaan saya 60, 70 atau 80 tahun akan datang

Ada orang mengatakan bahawa manusia mirip ikan emas di dalam botol. Ikan emas berenang dan terus berenang, tetapi hanya berputar di situ sahaja. Kebanyakan manusia kelihatan bagitu sibuk, berkerja keras dan terus berkerja sepanjang masa tanpa rancangan atau tujuan.

Pastikan sekarang apa yang anda inginkan dari hidup! Jangan cepat puas dengan segala apa yang disediakan oleh hidup kapada anda - Hidup bukan diciptakan untuk permainan. Jangan biarkan Karya Masterpiece Tuhan terbiar tanpa tujuan. Pilihan ada pada diri anda. Anda boleh menjadi apa saja yang anda inginkan asalkan anda berani membuat keputusan bagi diri anda sendiri, orang lain tidak boleh melakukannya untuk anda. Anda inginkan menjadi wanita atau lelaki yang bagaimanakah ketika berusia 60, atau 70, atau 80 tahun akan datang. Gambarkan dalam fikiran anda seorang mulia yang anda impikan dengan memiliki segala kemuliaan. Fikirkan terus menerus tentang impian ini selama anda menuju kearah pencapaian sasaran tersebut.

Tidak ada seorang pun yang boleh sampai kapada suatu kejayaan dengan hanya melakukan satu langkah. Kita melakukan perjalanan panjang menuju destinasi yang kita impikan selangkah demi selangkah, tingkat demi tingkat. Oleh itu kita perlu memastikan sasaran jangka pertenghan yang pastinya diarahkan kapada sasaran kita yang utama.

Sasaran jangka pendek seharusnya ditentukan secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Semua tugas besar akan menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecahkan menjadi bahagian yang lebih kecil. Hal itulah yang kita lakukan ketika kita membahagi-bahagikan sasaran jangka panjang menjadi sasaran jangka pendek. Dengan menyelesaikan sasaran kecil, kita sebenarnya melangkah kapada sesuatu yang lebih besar.

Perkara terbesar didalam dunia ini tidaklah terdapat pada tempat kita berada sekarang, melainkan pada tempat yang kita tuju.
Si-Kecil dan Pena Hitamnya

No comments:

Post a Comment