In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Wednesday, June 15, 2011

Satu hari ini Bernilai untuk Besok

Manafaatkan hari ini dan jalanilah kehidupan seakan-akan hari terakhir kita. Buatlah setiap hari menjadi hari yang bermakna, hari yang bermanafaat. Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin, atau esok yang belum pasti datang. Hari ini, sekarang adalah waktu sebenarnya dimana kehidupan sebenar kita. 

Terlalu banyak antara kita yang hidup mengenang masa lampau atau mengharap masa akan datang dan mengabaikan hari ini. Kejayaan kita dimasa akan datang bergantung kapada apa yang kita lakukan hari - sekarang!

Setiap kali fajar yang datang adalah kelahiran hari baru. Buatlah seribu harapan kapada hari baru kita. Bangunlah dengan harapan kapada perkara-perkara yang baik, biasakan lah diri kita mengharapkan untuk melakukan yang terbaik dan mempercayainya yang ianya pasti terjadi. Tindakan sederhana ini cenderung mempengaruhi kita dan kepercayaan kita.

Marilah kita membuat hari ini hari yang lebih baik daripada hari semalam. Marilah kita tetapkan hari ini adalah hari yang bererti bagi kita. Kita akan menjadi lebih sihat hari ini, kita akan menjadi lebih bahagia hari ini. Hari ini kita hanya memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas kita, hari ini hanya sedikit yang perlu dilengkapi, hari ini memerlukan kita hanya sedikit memandang kehadapan dan keatas. Hari ini, marilah kita menambah dengan sedikit kasih sayang.

Apakah yang akan terjadi kalau kita berusaha menjadikan setiap hari kita menjadi lebih baik untuk dijalani? Kita telah memasuki arus utama kehidupan. Kita mulai hidup dengan lebih terarah kehadapan dan mengembangkan kemanusiaan. Kita menjadi periang dengan jiwa yang penuh dengan kebaikan. Kita juga cenderung untuk mengembangkan yang terbaik untuk diri kita dan orang disekeliling kita.

Hari ini menentukan siapakah kita diesok hari
Si-Kecil dengan Pena Hitamnya

No comments:

Post a Comment