In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan 9Julai tidak memberi apa makna

Etika adalah prinsip moraliti, termasuk tentang ilmu tentang kebaikan mahupun kebenaran. Tidak ada kepuasan dalam hidup yang lebih bermakna dari kesedaran dan keinginan menjadi yang terbaik. Kesedaran menyatakan dan melakukan yang benar.

Satu-satunya jalan agar kehidupan memberikan hasil sebagaimana yang dikehendaki, menikmati  hasil dari kejayaan yang berterusan, kebahagiaan dan kedamaian, adalah dengan terus menjaga keharmonian dengan keberadapan kita. Dengan menjaga keharmonian kita menghasilkan kesihatan, kemakmuran, kekuatan dan kekuasaan. Bagitu juga sebaliknya, elakan perselisihan, ketidaksesuaian atau ketidakserasian yang sering menghasilkan kelemahan dan keruntuhan.

Kehidupan bermoral adalah yang paling utama bagi manusia. Inilah cara untuk membuat kehidupan itu terbaik. Apabila prinsip tersebut dilepaskan dari diri kita, keseluruhan kehidupan menjadi tidak harmoni.

Kesedaran kita adalah penanda arah tunjuk kita, ramai yang mengabaikan bisikan yang amat lembut dari dalam diri kita, dan tidak mungkin dapat lari dari bisikan tersebut. Sebab bisikan dari diri kita yang tidak kita hargai itu sering kali membayangi kita. Ada orang yang cuba untuk menyingkirkan kesedaran itu, tetapi cepat atau lambat perkara ini akan muncul dihadapan mereka sebagai penentu (hakim).

Apabila kita kehilangan rasa hurmat terhadap diri sendiri, kita kehilangan sahabat yang terbaik. Kita akan kehilangan segala-gala yang kita ada. Ketika kita kembali kapada diri kita sendiri, tidak akan ada orang lain yang dapat membantu kita, kita tidak dapat meneruskan perjalanan dalam menghadapi pelbagai kesulitan, kita tidak dapat melepasi halangan yang tidak dapat ditembusi, kita akan terus kehilangan rasa hurmat terhadap diri sendiri, kekecewaan terhadap diri sendiri, adalah perkara yang buruk bagi kejayaan dan segala kebahagiaan. Kita menghancurkan apa yang telah kita bina hanya untuk melayani kehendak yang yang tidak menentu.

Othman Ali

No comments:

Post a Comment