In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Wednesday, July 13, 2011

Keseimbangan Kehidupan dengan bermain dan berkerja

Kehidupan tidak akan berjalan dengan baik dan tidak lengkap, tanpa keseimbangan antara kerja, cinta dan bermain. Saya tidak menekankan antara kerja dan cinta, tapi kaitan antara kesan bermain dan kerja.

Kalau dipilih dengan baik, waktu rekreasi kita dapat memberi sumbangan yang besar kapada kesejahteraan kehidupan kita, kesihatan kita dan untuk kehidupan yang penuh dengan kejayaan. Dengan waktu terluang sepatutnya dipenuhi untuk rekreasi, terutama untuk pelbagai kegiatan yang melibatkan pergerakan badan. Berbagai kegiatan sukan di kawasan terbuka sangat baik untuk tujuan ini. Disamping memberikan kesihatan, disitu kita dapat meningkatkan perhubungan sosial kita antara golongan atau kelompok dimana kita tinggal. 

Rekreasi adalah tempat kita membuang segala ketegangan yang kita alami selepas berkerja. Buangkan segala tenaga negatif yang terkumpul didalam fikiran kita dan gantikan dengan tenaga positif yang berguna. Rekreasi mengimbangi kekuatan dan kemampuan kita apabila pemikiran kita kembali tenang. Untuk mendapatkan kecekapan maksima, kita perlu lebih banyak bergerak dikawasan yang terbuka dan tenang. Disana kita boleh berjalan-jalan, menarik nafas sedalam-dalamnya, bersukan, semua ini bermanafaat untuk mengurangi tekanan yang kita alami.

Rekreasi adalah penyembuhan bagi kelelahan fizikal dan mental. Ia merupakan bentuk kerehatan yang baik. Elakan dari mengerahkan kemampuan mental dan fizikal kita terlalu berlebihan. Berikan ianya sedikit rehat untuk ianya sentiasa dalam keadaan yang stabil. 

Wang hanya mampu membeli ubat tapi tidak kesihatan.
Pena Hitam

No comments:

Post a Comment