In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Friday, July 8, 2011

Carilah KEBAHAGIAAN dalam diri kita

Kebahagiaan merupakan harapan semua orang. Kebahagiaan adalah sesuatu yang harus diperolehi. Semua orang ingin bahagia. Bagi orang yang tidak bahagia, kebahagiaannya terletak dihujung pelangi.

Mereka menghabiskan waktu umur hidupnya untuk mencapai pelangi itu. Umpama mengejar bayangan, mereka tidak akan memperolehi kebahagiaan itu diluar, kerana ianya terletak didalam dirinya.

Kebahagiaan itu ada dalam perjalanan, bukan pada tujuan perjalanan itu. Orang yang bahagia adalah orang yang menemukan dirinya. Orang yang bahagia adalah orang yang mengenali Tuhannya. Orang yang bahagia adalah orang yang memiliki aspirasi agung dan mulia. Orang yang bahagia adalah orang yang mengalami peningkatan didunia, mendaki semakin tinggi dan semakin tinggi mengikut keinginannya. Orang yang bahagia adalah orang yang membahagiakan kehidupan orang-orang disekelilingnya. Orang yang bahagia adalah orang yang memberikan sumbangan untuk mencipta bumi yang harmoni didiami. Orang yang bahagia adalah orang yang mempunyai kegiatan/aktiviti, tugas dan perkerjaan yang disukainya. Orang yang bahagia adalah orang mencintai cinta. Orang yang bahagia adalah orang yang mencintai kehidupannya. Orang yang bahagia adalah orang yang bahagia ... Kebahagiaan adalah setiap hari, sekarang  dan ianya ada didalam perjalanan.

Kebahagiaan merupakan hasil daripada kepuasan dalaman. Kebahagiaan tidak akan ditemui pada benda-benda diluar diri dan disekitar kita, tidak akan diperolehi dalam bentuk kekayaan, kedudukan dan kuasa. Orang yang kecewa ialah orang yang menghabiskan seluruh kehidupannya untuk mencari dan mengumpul kekayaan dalam jumlah lebih daripada apa yang diperlukan untuk kehidupannya. Secara tidak sedar mereka telah mengorbankan kebahagiaannya daripada berbuat demikian. Wang tidak boleh membeli kebahagiaan, ianya cuma satu alat untuk mencari kebahagiaan tetapi ianya bukan kebahagiaan. 

Kebahagiaan adalah suatu gambaran dan penghargaan terhadap perkara-perkara yang kita miliki sekarang. Kebahagiaan ialah hari ini. Kebahagiaan adalah sekarang. Setiap fajar baru adalah hari yang memberikan kesempatan bagi kita untuk memberi dan mendapatkan cinta, kepuasan, kegembiraan dan layanan yang tidak egois.

Kenikmatan boleh dibeli, tetapi kebahagiaan tidak.
Pena Hitam

Thursday, July 7, 2011

Sumbangan terbaik sesama manusia

'Kemurahan hati' adalah istilah dari rasa cinta dan kasihsayang yang tidak dipengaruhi oleh egois , tetapi dari perasaan manusiawi yang penuh dengan simpati. Perkara ini merupakan suatu kehendak untuk melakukan kebaikan kapada orang lain, merupakan satu semangat memberi yang tidak akan habisnya, memberi sesuatu yang baik kapada orang lain.

Sesuai dengan pengertiannya yang mulia, kemurahan hati terpancar dari hati yang tulus. Jika kita memberikan bantuan moral atau material dengan maksud untuk mengiklankan diri atau produk kita, walaupun yang dibantu itu mendapat keuntungan darinya, maka tindakan kita tidak lebih dari satu 'iklan institusional'.

Siapa yang ingin dihurmati dan dicintai, dan siapa yang ingin menjadi seorang yang berguna dan dikenang setelah ketiadaannya, dia harus menghargai nilai kemurahan hati. Siapa yang benar-benar ingin rasa bahagia dan merasai nikmat kebaikan, dia harus memiliki kemurahan hati.

Sifat ego/sombong menghalang pertumbuhannya. Sifat begini menyempitkan kehidupan kita. Kesuburan kemanusiaan tidak akan bercambah dari pemikiran yang sombong.

Pulangan terbaik daripada kemurahan hati adalah, apa yang kita perolehi selalunya lebih baik daripada apa yang kita berikan. Reaksi lebih hebat daripada aksinya. Apabila kita memberikan waktu dan wang bagi mereka yang tidak berkemampuan dan jika kita memberikan waktu dan wang untuk memberikan pelajaran tentang prinsip kejayaan dan falsafah kemajuan kapada orang-orang yang tertekan sehingga mereka mampu berdikari, maka kita telah memberikan kemurahan hati dan kebajikan dalam hidup kita. Kita telah menghasilkan dua nilai tertinggi dalam kehidupan kita. Nilai siapa kita didunia dan diakhirat kelak.

Tugas kita adalah membantu dengan cara dan kemampuan yang kita ada, berbagai cara untuk berperanan dalam menjadikan dunia ini sebagai tempat yang baik untuk didiami. Siapa yang tidak menabur, tidak akan menuai hasilnya.

Betapa pun panasnya matahari, sejuknya hujan sehari akan menyuburkan tanah yang kering setahun.
Pena Hitam

Saturday, July 2, 2011

Manusia adalah seperti apa yang Difikirkan

Tumpuan adalah ketetapan tentang pemikiran yang berfungsi menukar tindakan dalam diri kita. Dalam psikologi, perkara ini dikenali sebagai "Hukum saranan". Jika seseorang berfikir secara mendalam dalam keadaan berterusan, ia akan mencapai kepercayaan (keyakinan) kedalam dirinya, dimana pemikirannya memberi kesan yang bagitu kuat sehingga dibawah paras sedarnya, memberi tanggapan sesuai dengan pemikiran sedarnya (conscious mind) dan menterjemahkannya menjadi keadaan dalam bentuk fizikal, mental, moral dan spiritual.

Pemikiran yang cermat bagitu sinonim bagi kehidupan yang berjaya dan bertindak sesuai dengan hukum alam, seperti benih yang ditabur akan memberi hasil tanaman yang subur. Karier kita adalah tanaman yang tumbuh dari benih dalam mental kita. Kalau kita menabur angin, maka kita akan memetik badai.

Pemikiran yang cermat akan menghasilkan penelitian. Jangan percaya apa yang anda dengar atau baca tanpa mendapat manafaat atau nilainya. Siapakah pengarang dan wartawannya? Adakah ia berat sebelah atau prejudis? Adakah ia mempunyai fakta yang lengkap? Apakah sumber rujukannya? Apakah tujuan dari tulisan itu? Inilah perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh pemikir yang teliti sebelum menerima sesuatu tulisan dan dalam apa juga perkara.

Pemikiran yang teliti sering mencari pertimbangan dari berbagai tempat, sudut, namun ia lebih mementingkan bukti sebelum mencapai atau membuat keputusan. Ia tidak pernah bersandar kapada pemikiran orang lain dalam membuat keputusan. Apabila ia berpuas dengan fakta yang ada, itulah masa yang tepat untuk mereka membuat keputusan yang paling tepat. Dan dari keputusan yang mantap itu, mereka mula membuat tindakan tanpa sebarang keraguan. 

Biasakanlah untuk mempunyai sifat pemikiran mendalam, penuh perhatian. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Realisasikan apa yang telah difikirkan menjadi kenyataan. 

Pena Hitam

Akal dan Manusia

Lelaki dan wanita yang berjaya sering mengatakan bahawa salah satu alat utama dalam kejayaan mereka adalah pengetahuan tentang akal mereka dan penggunaannya yang memerlukan seni dalam penggunaannya. 

Dalam merancang melakukan sesuatu yang bernilai, kita perlu membersihkan ruang-ruang mental kita dari semua sifat negatif, takut, khuatir dan pemikiran yang tidak berguna yang lain. Tindakan paling berkesan untuk membuang semua ini sama seperti membuangkan kegelapan, iaitu membawanya ketempat yang terang. Buangkan semua pemikiran yang negatif dengan pemikiran lawannya. Buangkan kebencian gantikan dengan kasihsayang, rasa takut kapada keyakinan dan keberanian, pemikiran tentang sakit kapada pemikiran tentang sihat sejahtera, tidak jujur kapada amanah dan sebagainya.

Kita tidak dapat menyingkirkan kegelapan dengan separuh tekad. Begitu juga dengan akal, jika kita belajar menguasai dan mengawal pemikiran, ertinya kita cuba melepaskan belenggu dan perhambaan yang telah mengongkong diri kita yang membuat diri kita tidak dapat bergerak kehadapan. Kekuatan manusia yang mulia ialah akal, semanagat dan watak. Kuasanya tiada batasan dan yang membatasainya ialah diri kita sendiri.

Dengan pemikirannya, manusia mencipta keadaan dirinya sendiri. Kitalah yang menentukankan nasib dan penguasaan hidup kita sendiri. Apakah kita telah menjadi cekap dalam mengemudikan kehidupan kita? Itulah tentangan yang datang dalam hari-hari kita.

Manusia adalah sebagaimana yang difikirkan.
Pena Hitam

Sunday, June 26, 2011

Keyakinan, terutamanya pada Diri Sendiri

Apa itu "Keyakinan" sehingga sering dikatakan bahawa: Keyakinan membuatkan segalanya serba berkemungkinan? Keyakinan tidak lebih dan tidak kurang, hanyalah operasi tenaga pemikiran dalam bentuk hasrat yang sungguh-sungguh, ditambah dengan pengharapan untuk memenuhinya. 

Keyakinan sebagaimana yang kita fahami, lebih dari sekadar "kepercayaan". Keyakinan melengkapinya. Perbezaan utama antara penjual yang digaji dengan penjual-berkerja sendiri terletak pada tahap keyakinan bukan kemampuan yang mereka miliki. Keyakinan terhadap diri sendiri dan keyakinan pada hasil yang diperolehi merupakan syarat bagi semua peningkatan yang bernilai. Ini sekadar perbezaan atau contoh antara dua orang yang melakukan pekerjaan yang sama, tetapi mempunyai kelainan tahap keyakinan. Dan memberikan hasil kejayaan yang berbeda.

Dan keyakinan utama kita adalah: Kita akan sentiasa berada dijalan kehidupan yang benar kalau kita sentiasa yakin, percaya dan beriman kapada Yang Maha Sempurna, yang menciptakan kita. Kita perlu menyedari bahawa diri kita adalah sebahagian dari pakej penting dan rancangan besar-Nya.

Dia telah menciptakan berjuta-juta bintang yang beredar secara sistematik dicakerawala, juga telah melengkapkan diri kita dengan fitrah untuk berjaya. Terimalah perkara ini sebagai fakta dan yakin teguh dengan-Nya, seperti juga kita boleh mabuk dengan teori kesempatan dan menjalani kehidupan seharian kita seperti ... ibarat tidak bertuhan.

Ketika kita sampai pada suatu kenyataan dimana kita berada, kita juga sampai pada suatu pengenalan nilai-nilai untuk meningkatkan darjat kita. Kita mengembangkan keyakinan kapada pencapaian cita-cita kita. Perkara ini merupakan peledak tenaga yang akan membawa diri kita kapada suatu tahap peningkatan yang menakjubkan. Ianya merupakan sumber tenaga yang tidak pernah gagal dan mengecewakan. Itulah kuasa keyakinan. Cipta dan binalah kuasa tersebut.

Kita dapat lakukan apa yang kita percayakan. Miliki keyakinan dan kita tidak akan gagal.
Pena Hitam