Assalamualikum & Salam sejahtera,
Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan yang sempurna adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi seseorang individu.
Namun, persoalannya ialah kenapa dengan tahap pendidikan yang kita capai pada hari ini masih tidak dapat memberi jaminan untuk memperolehi apa yang kita hajati ? Sebenarnya , inilah yang kita terlepas pandang. Saban hari, ramai graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi, sama ada Awam ataupun Swasta barangkali tidak menyedari hakikat yang sedang berlaku.
Di sini saya akan cuba terangkan hakikat yang berlaku secara analogi Matematik.
SIJIL >> 1, 2, 3, 4, ...
DIPLOMA >> 1+1=2, 1+2=3, ...
IJAZAH SARJANA MUDA (Degree) >> 0.5+1.5=2, 1.5+1.5=3, ...
IJAZAH SARJANA (Master) >> +, -, X, ÷, punca kuasa, log, ...
IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) >> 1+1=0 ???, 1+1=1 ???, 1+1=12 ???, ...
Sebenarnya, pada hari ini, peringkat Sijil ibarat hanya mengenal nombor. Peringkat Diploma kita akan belajar apa yang orang lain belajar. Peringkat Sarjana Muda kita cuma memperincikan apa yang orang lain belajar. Peringkat Sarjana kita sudah mula berhujah dengan ilmu yang kita miliki (Hujjatul Muslimin). Namun, pada peringkat PhD kita perlu memutuskan hukum (Ayatullah). Pada peringkat PhD kita perlu mencari perkara-perkara atau idea-idea yang baru. Pada peringkat ini selalunyakita akan lebih ke hadapan. Sebab itu mereka-mereka yang sudah berada di peringkat ini selalunya lebih Berjaya.
Kenapa ?
Saya tinggalkan anda disini... untuk anda fikir-fikirkan..
jumpa anda lagi nanti ya :)
Ikhlas,
A Little Black Pen
No comments:
Post a Comment