In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection. PEACE !

Sunday, August 14, 2011

Pendidikan Yang Sempurna

Assalamualikum & Salam sejahtera,

Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan yang sempurna adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi seseorang individu.

Namun, persoalannya ialah kenapa dengan tahap pendidikan  yang  kita  capai  pada hari ini masih tidak dapat memberi jaminan untuk memperolehi apa yang kita hajati ?  Sebenarnya , inilah yang kita terlepas  pandang.  Saban hari,  ramai  graduan  yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi,   sama ada Awam  ataupun  Swasta  barangkali  tidak  menyedari hakikat  yang  sedang  berlaku.

Di sini saya akan cuba terangkan hakikat yang berlaku secara analogi Matematik.

SIJIL >> 1, 2, 3, 4, ...

DIPLOMA >> 1+1=2, 1+2=3, ...

IJAZAH SARJANA MUDA (Degree) >>  0.5+1.5=2, 1.5+1.5=3, ...

IJAZAH SARJANA (Master) >> +, -, X, ÷, punca kuasa, log, ...

IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) >> 1+1=0 ???, 1+1=1 ???, 1+1=12 ???, ...

Sebenarnya,  pada hari ini,  peringkat Sijil ibarat hanya mengenal nombor. Peringkat Diploma kita akan belajar apa yang orang lain belajar.   Peringkat Sarjana Muda kita  cuma memperincikan apa yang orang lain belajar. Peringkat Sarjana  kita  sudah  mula berhujah dengan ilmu yang kita miliki (Hujjatul Muslimin). Namun, pada peringkat PhD kita perlu memutuskan hukum (Ayatullah). Pada peringkat PhD kita perlu mencari perkara-perkara atau idea-idea yang baru. Pada peringkat ini selalunyakita akan lebih ke hadapan. Sebab itu mereka-mereka yang sudah berada di peringkat ini selalunya lebih Berjaya.

Kenapa ?

Saya tinggalkan anda disini... untuk anda fikir-fikirkan..
jumpa anda lagi nanti ya :)

Ikhlas,
A Little Black Pen

No comments:

Post a Comment