Ada seorang penjaja yang menjadikan penjualan belon untuk menyara kehidupannya. Dia menjual pelbagai warna belon,biru,kuning,putih dan merah. Bila ekonomi menjadi celaru, perniagaanya mulai menurun. Dia mencuba menambah nilai kapada produk jualannya, dengan mengisikan gas helium kedalam belon tersebut dan mampu terbang, membuatkan kanak-kanak mula menyukainya. Penjualannya meningkat kembali. Suatu hari, seorang pelangannya, seorang anak kecil bertanyakan,"Kalau kamu lepaskan belon berwarna hitam, adakah ianya bolih terbang juga?" Tertarik dengan soalan anak itu, penjaja tersebut menjawap dengan tegas,"Nak.. bukan kerana warna belon itu yang diambil kira, tapi apa yang ada di dalamnya yang membuatkan ia mampu terbang."
Perkara yang sama berlaku dalam kehidupan. Apa yang berada dalam diri kita diambil kira. Faktor dalaman kita yang menjadikan kita terbang tinggi ialah sikap kita. Kenapa sesetengah individu, pertubuhan atau negara lebih berjaya antara satu sama yang lain? Segala-galanya bergantung kepada mutu seseorang atau rakyatnya. Kajian telah membuktikan bahawa sumber manusia merupakan aset bernilai untuk sesuatu institusi atau negara. Malangnya, ianya juga terbuang tanpa nilai yang bolih dipergunakan
No comments:
Post a Comment